Selangor Lancar Koleksi Aset Digital NFT Untuk Tambah Pendapatan Pasukan

Selangor FC

Pasukan Liga Super, Selangor FC telah melancarkan aset digital mereka sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan penyokong serta menambah pendapatan kelab.

Dikenali sebagai Red Giants Non-Fungible Collections (RGNFC), ia merupakan sebuah aset digital berbentuk NFT yang kini telah mula menjadi trend di seluruh dunia.

Menyedari ianya sebuah cabang untuk menambah lagi pendapatan kelab, Selangor menggunakan platform ini dengan menghasilkan pelbagai karya-karya menarik mengenai pasukan.

Antaranya adalah memoribilia serta koleksi digital yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan oleh penyokong.

Antara contoh koleksi NFT yang dijual Selangor. GAMBAR: Selangor FC

Sehubungan dengan itu, kesemua koleksi NFT Selangor boleh didapati di platform terkemuka seperti pentas.io dan juga opensea.io .

Pelan jangka panjang dirangka

Untuk memastikan usaha ini tidak tamat di tengah jalan, Selangor merencana pelan jangka panjang bagi membolehkan inisiatif ini berjaya.

Dalam garis masa yang dirangka mereka, Selangor memberi bayangan 2022 akan menjadi lebih meriah buat mereka dalam usaha mengembangkan RGNFC.

Pada tahun ini sahaja mereka telah merancang untuk:

  • Mewujudkan komuniti di Discord
  • Membuka bahagian RGNFC di laman rasmi SFC
  • Meletakkan aset digital mereka secara terbuka di pentas.io
  • Koleksi khas sambutan 85 tahun Selangor dijual di opensea.io
  • Mengadakan aktiviti khas bersama-sama pemilik aset digital RGNFC

Pada pengamatan penulis, apa yang dilakukan oleh Selangor ini dilihat cukup baik untuk memberikan pendapatan tambahan kepada kelab.

Walaupun NFT masih lagi baharu dan belum begitu meluas popularitinya, tetapi percaturan Selangor ini pastinya akan menerima hasilnya kelak apabila ianya mula diminati ramai.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN