Penyokong Selangor akhirnya dapat melihat jersi utama pasukan mereka bagi musim 2020. Ianya bertemakan The Future Is Now.
Dalam kenyataan media rasmi Selangor, FAS menegaskan bahawa jersi ini menandakan era baharu Selangor pada 2020. Ini selepas Selangor FA digabungkan dengan PKNS FC.
FAS berkata: “Segalanya yang perlu anda tahu mengenai Home Kit terbaru Selangor.
Kerana tahun 2020 adalah musim pertama selepas penggabungan FAS & PKNS FC, jersi home Red Giants menggunakan warna merah hati dan warna jingga sebagai simbolik penghargaan kepada kelab itu.
Jersi ini akan mula dijual kepada umum mulai 18 Januari ini di Stadium Shah Alam, bersempena Selangor Asia Challenge bermula jam 10 pagi.”
Bagi anda yang mahu mendapatkan jersi ini, jualan atas talian juga bakal bermula pada 18 Januari ini di faselangor.my.
Harga bagi jersi ini juga sama seperti musim lepas. Ianya dilihat sangat mampu milik untuk penyokong Selangor.
Player Issue
- RM99
- RM89.10 (harga pemegang kad keahlian Red Giants)
Fan Issue
- RM49
- RM44.10 (harga pemegang kad keahlian Red Giants)
Dan ini adalah video rasmi sempena dengan pelancaran jersi utama pasukan Selangor ini, menampilkan Syahmi Safari dipilih sebagai watak utama.
Ia mewakili suara anak muda Selangor yang sentiasa mengimpikan untuk menyarung jersi Selangor suatu hari nanti.
Macamana penyokong Selangor? Apa kata anda? Kami mahu dengar pandangan anda di ruangan komen.