Selangor Sah Kembali Guna Stadium Shah Alam Sebagai Gelanggang Rasmi

Berita baik buat penyokong pasukan Selangor!

Selangor bakal kembali menggunakan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi mereka.

Untuk rekod, mereka menggunakan Stadium KLFA di Cheras sebagai gelanggang rasmi mereka musim ini dengan PKNS FC menggunakan Stadium Shah Alam.

Berita kembalinya Selangor ke Stadium Shah Alam itu telah disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor – Amirudin Shari.

Keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri sebagai tanda sokongan mereka kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu iaitu Tengku Amir Shah (RMS).

“Kerajaan negeri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raja Muda Selangor di atas perlantikan sebagai Presiden FAS yang baharu.”

“Perlantinkan RMS sebagai Presiden FAS baharu adalah tepat kerana mereka memerlukan tahap kepimpinan yang kuat. Dalam masa yang sama, imej mereka sebagai pasukan terhandal di negara kita boleh dilonjak semula.”

Gambar: mStar

Menurut bekas pengurus pasukan Selangor itu, FAS sudah boleh merancang dengan Malaysia Football League (MFL) mengenai perubahan jadual perlawanan sekiranya mereka ingin membawa perlawanan liga dan Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam.

Kerjaan Selangor dilihat bersedia untuk memberikan segala sokongan kepada FAS untuk melihat bola sepak negeri itu berjaya.

“Sudah semestinya akan lebih banyak lagi bantuan yang boleh diberikan untuk memastikan bola sepak Selangor terus gemilang.”

Amirudin merupakan pengurus pasukan Selangor ketika mereka berjaya melengkapkan Misi 33 pada 2015.

Selangor akan berhadapan Pahang dalam perlawanan akhir Shopee Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN