Selangor Intai Khidmat Jurulatih Import Sebagai Pembantu Nidzam Jamil?

Selangor kini dilaporkan giat untuk mendapatkan pembantu jurulatih baharu bagi membentuk kombinasi baharu bersama Nidzam Jamil untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Terdahulu, Nidzam secara rasminya dilantik selaku pengendali utama The Red Giants selepas jawatan tersebut sah ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe yang kini memulakan cabaran baharu di Thailand bersama Police Tero.

Nidzam yang berada dalam kem Selangor sejak beberapa tahun ini dalam posisi kejurulatihan dianggap sebagai individu paling layak untuk mengemudi pasukan tersebut selaku pengendali utama musim ini.

Apa tidaknya, beliau lebih mengenai para pemain serta mampu untuk menerapkan falsafah terbaik dalam permainan Selangor menerusi pengalaman dimilikinya sebelum itu.

Ketika ini, teka teki bermain dalam fikiran penyokong Selangor mengenai kekosongan tersebut, apatah lagi Ramon Marcote juga sah tidak bersama pasukan tersebut.

Menerusi perkongsian daripada Mahfizul Rusydin Abdul Rashid selaku pengurus pasukan, beliau menyatakan Selangor kini sedang menilai beberapa calon bersesuaian untuk mengisi kekosongan posisi pembantu jurulatih.

Jelas Mahfizul, Selangor berkemungkinan juga akan menggunakan kaedah tahun lalu iaitu pengendali tempatan sambil dibantu oleh individu dari luar negara yang berkualiti seperti Marcote.

“Perancangan untuk tambah barisan kejurulatihan itu memang ada lebih-lebih lagi Nidzam Jamil sudah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu. Dalam hal ini, kita terbuka untuk mana-mana jurulatih yang berminat.

“Apa yang boleh saya cakap setakat ini, calon yang kita teliti adalah jurulatih tempatan dan import. Kita akan umumkan dalam masa terdekat,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada masa sama, Mahfizul juga mengakui mereka sudah pun berpuas hati dengan barisan pemain yang ada serta tidak berniat untuk menambah kuota import terakhir musim ini.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan pemain import dan tempatan yang kita ada sebab mereka ini sudah serasi dengan taktikal ketua jurulatih.

“Jadi walaupun kita ada satu lagi kuota untuk bawa masuk pemain import, pasukan sudah capai kata putus tidak membawa masuk lagi mana-mana pemain baharu,” kata Mahfizul akhir sekali.

Setakat ini, Selangor sah menandatangani khidmat bekas penyerang kebangsaan Chile iaitu Ronnie Fernandez, Umar Eshmurodov, Alvin Fortes, Azim Al-Amin, serta bintang muda SJK Seinajoki iaitu Nooa Laine secara pinjaman.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN