Selangor FC Bakal Saman Harimau Selatan X?

Selangor Saman

Kelab bola sepak Selangor dalam kenyataannya pada hari ini menolak dakwaan bahawa pihaknya memberikan gaji dengan skala yang tinggi kemana-mana pemain seperti yang ditularkan oleh oleh sabuah akaun di media sosial.

Ia susulan sebaran dokumen sulit yang didedahkan oleh laman Facebook Harimau Selatan X yang memaparkan seorang pemain import The Red Giants menerima gaji bernilai RM132,570 (USD30,000) sebulan, tidak termasuk imbuhan lain seperti yuran ejen, bonus kemenangan, bonus kejuaraan dan elaun rumah.

Selangor menegaskan pihaknya akan menunggu prosiding undang-undang terhadap pihak berkaitan kerana dakwaan tersebut tidak tepat, fitnah dan boleh merosakkan imej kelab tersebut selain bertujuan untuk menimbulkan keresahan.

“Kelab Bola Sepak Selangor (“Kelab”) mengambil maklum berkenaan satu kandungan yang disebarkan di media sosial dan kemudiannya dilaporkan oleh agensi media lain, yang mengandungi dakwaan mengenai gaji seseorang individu di dalam Kelab,” ujar kenyataan itu.

“Kelab ingin merekodkan bahawa kandungan ‘posting’ tersebut adalah palsu, tidak tepat dan dianggap fitnah. Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam siaran media sosial tersebut.

“Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej Kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan Kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama.

“Pihak Kelab akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemfailan laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan.”

Harimau Selatan X merupakan laman Facebook yang cenderung memberikan sokongan terhadap kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi difahamkan ia tidak mempunyai sebarang perkaitan rasmi dengan kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN