Selangor FA Umum Pengurus Pasukan Baru Untuk Liga Malaysia 2020

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan pelantikan pengurus baharu skuad Liga Malaysia, Mahfizul Rusydin sebentar tadi.

Mahfizul bukanlah watak yang asing di dalam kancah saingan Liga Malaysia, dengan pengalaman selama 13 tahun bersama PKNS FC.

Sebelum menyertai FAS, beliau adalah pengurus pasukan PKNS FC.

PKNS FC telah digabungkan di bawah pengurusan FAS baru-baru ini, dalam usaha badan itu melakukan penstrukturan semula bola sepak di negeri tersebut.

Ketibaan Mahfizul adalah untuk menggantikan Datuk Rauf Ahmad yang merupakan pengurus pasukan The Red Giants sejak 2007 lagi.

Dalam perkembangan yang sama, FAS turut mengumumkan bekas pemain, Nazzab Hidzan akan kekal sebagai Penolong Pengurus pasukan Selangor bagi musim 2020.

“Semoga pengalaman beliau sebagai pemain bola sepak yang berjaya suatu ketika dahulu mampu membantu Mahfizul dalam memacu pasukan Liga Super Selangor 2020 ke arah kecermelangan,” ujar kenyataan FAS dalam pengumuman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Selangor turut mengesahkan akan mengambil bahagian dalam satu kejohanan jemputan antarabangsa yang akan berlangsung di China.

Kejohanan tersebut akan mengambil tempat pada 24 hingga 29 Januari 2020.

Selain daripada kelab Liga 1 China, Meizhou Hakka FC, dan Selangor FA, dua kelab lain yang akan mengambil bahagian adalah Chonburi FC daripada Thailand, dan Sangju Sangmu FC dari Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN