Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memperkenalkan satu program baharu untuk menarik minat penajaan dari kalangan syarikat-syarikat tempatan dari dalam negeri dan seluruh Malaysia.
Program yang dikenali sebagai Program Local Giants itu memberi peluang kepada usahawan dan jenama-jenama tempatan untuk menjadi sebahagian dari Red Hiants dengan pakej penajaan serendah RM10,000.
Idea memperkenalkan program tersebut diinspirasikan oleh kelab kelab divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama ketika berkunjung ke persatuan tersebut pada Oktober lalu.
“Sewaktu perjumpaan FA Selangor dengan Fagiano Okayama, kami telah berkongsi pelbagai perkara dan bertukar-tukar pandangan.
Namun, apa yang menarik minat kami adalah bagaimana kelab tersebut mampu menarik lebih 700 jenama dan syarikat yang terdiri daripada masyarakat setempat dalam masa yang singkat sebagai penaja,” jelas Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Hamidun seperti yang dipetik dari laman sesawang persatuan tersebut.
Selangor Perkenal Program Local Giants, Contohi Model Penajaan Kelab Bola Sepak Jepun ?
"Melalui program ini, usahawan dan jenama tempatan di seluruh Selangor dan Malaysia amnya…"
Baca lebih lanjut di: https://t.co/guSaxCfUqY#RedGiants#LocalGiants#SelangorUntukSelangor pic.twitter.com/6sMr5Efg7f
— FA Selangor (@FASelangorMy) December 6, 2019
“Di Jepun, banyak syarikat tempatan yang menjadi penaja kepada kelab bola sepak mereka.
“Syarikat-syarikat ini merasa mereka bertanggungjawab untuk sama-sama memberikan sumbangan demi menaikkan pasukan bola sepak mereka – biarpun dengan nilai serendah USD3000.”
“Model penajaan berskala kecil inilah yang kami di FA Selangor ingin laksanakan di sini untuk musim 2020.
“Kami ingin membuka pintu dan mengalu-alukan penglibatan syarikat-syarikat tempatan bersaiz sederhana dan kecil untuk bersama-sama membangunkan Red Giants menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia dan peringkat antarabangsa,” tambah beliau lagi.
Antara faedah yang akan dinikmati oleh penaja yang menyertai program “Local Giants” ini adalah peletakan jenama mereka di barangan cenderahati rasmi Selangor, selain daripada networking session khas untuk pemain-pemain industri.
Penaja juga akan turut akan dijemput untuk majlis makan malam istimewa bersama presiden FAS, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Sebuah tugu khas juga bakal didirikan di perkarangan Stadium Shah Alam dengan jenama-jenama penaja turut disemadikan bersama sebagai tanda penghargaan.
Untuk sebarang info dan pertanyaan mengenai program, pihak yang berminat boleh menghubungi wakil FAS, Encik Faruk Fadzil ([email protected]) atau Encik Chan Zhe Sheng ([email protected]) melalui e-mel.