FAS (Selangor) Tidak Berkompromi Jika Forkey Doe Benar Bersalah Dalam Isu BMW Klon

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu penahanan penyerang import mereka, Francis Forkey Doe baru-baru ini.

Kenyataan yang disiarkan melalui laman sesawang rasmi FAS, dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FAS, Rosman Bin Haji Mohd Ibrahim.

Setiausaha Agung FAS, Encik Rosman Mohd Ibrahim

Dalam kenyataan itu FAS menyatakan rasa terkejut dengan penahanan Forkey Doe oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan pemilikan kereta klon.

Francis Forkey Doe ditahan di Bandar Putri Puchong awal pagi semalam ketika sedang memandu kereta jenis BMW 325i.

Kenderaan berkenaan turut tidak mempunyai nombor chasis yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memiliki nombor pendaftaran palsu.

FAS menangkis dakwaan bahawa kenderaan yang digunakan oleh Forkey Doe dibekalkan oleh persatuan tersebut.

FAS mendakwa mereka tidak tahu menahu akan status kenderaan yang dibeli sendiri oleh pemain tersebut.

Oleh itu, FAS hanya mampu memantau situasi terkini berkenaan status pemain import berkenaan dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM sekiranya diarahkan untuk berbuat demikian.

Berkenaan dengan status Forkey Doe sebagai pemain pasukan Selangor, FAS menjelaskan ia bergantung kepada siasatan dan tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh pihak PDRM.

Forkey Doe bersama kereta BMW beliau.

Dalam isu ini, kami tabik dengan kenyataan FAS di baris akhir yang menegaskan:

“Tiada individu, sama ada pemain import ataupun pemain tempatan yang boleh mengatasi undang-undang negara jika, dan semua harus mematuhinya.”

Francis Forkey Doe, 31 tahun adalah salah seorang pemain import yang berdaftar dengan Selangor FA. Forkey Doe bukanlah pemain yang asing di dalam kancah Liga Malaysia.

Beliau turut pernah beraksi bersama-sama Terenganu, Kelantan, NS Matrix, dan Felda United.

Ini adalah musim ke-5 Francis Forkey Doe bermain di kancah Liga Malaysia dan turut penah membarisi pasukan Selangor pada musim 2013.

Bekas pemain kebangsaan Liberia ini telah beraksi sebanyak 22 kali dan menjaringkan 5 gol di peringkat antarabangsa.

Pada musim ini, Francis Forkey Doe telah membuat 5 penampilan bersama skuad The Red Giant dan menjaringkan sejumlah 5 gol.

Baca juga: VIDEO: ‘Flashback’ Peristiwa Bola Sepak Yang Berlaku Pada Tahun 2007

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN