Selangor Dapat Kelulusan Guna Stadium Nasional Bukit Jalil Musim Depan

Hasrat pasukan Selangor untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi The Red Giants untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akhirnya tercapai.

Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal berkata kepada Berita Harian, mereka sudah diberi lampu hijau oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan kini sedang menunggu kelulusan daripada badan pengendali liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

“Selain memohon menggunakan Stadium Shah Alam, kami juga memohon menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah dan saya gembira untuk mengumumkan ia sudah pun mendapat kelulusan hari ini.

“Saya berterima kasih kepada PSM terutama pengerusinya, Datuk Mohammad Sahfri Abd Aziz kerana memberi lampu hijau untuk menggunakan Stadium Nasional. Kami menerima surat mengenai perkara itu hari ini,” katanya.

Datuk Seri Subahan Kamal lega kerana permohonan untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil diluluskan oleh PSM.

Subahan juga mengakui pihaknya kecewa apabila tidak dapat menggunakan “rumah sendiri” iaitu Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi mereka musim depan.

“Ia adalah satu penghormatan besar kepada kami apabila dapat menggunakan Stadium Bukit Jalil dan saya rasa lega kerana negeri yang sepatutnya memberi sokongan kepada kami gagal berbuat demikian.

“Kami sudah mengemukakan permohonan sebanyak tiga kali tahun lalu dan sekali pada tahun ini untuk menggunakan Stadium Shah Alam tetapi ditolak.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia di bawah kuasa Menteri Besar Selangor.

“Stadium Shah Alam dibina untuk Selangor tetapi peliknya mereka membenarkan PKNS dan pasukan lain beraksi di situ kecuali Selangor,” katanya.

Subahan juga turut berharap agar FMLLP akan meluluskan penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil secepat mungkin.

“Kami sudah menghantar semua dokumen kepada FMLLP hari ini dan saya lihat tidak sepatutnya ada sebarang masalah lagi.

“Lagipun ini adalah Stadium Nasional dan saya yakin ia memenuhi kriteria yang dimahukan FMLLP seperti pencahayaan lampu dan sebagainya.”

Musim ini Selangor menggunakan Stadium Selayang sebagai gelanggang rasmi.

Stadium Nasional Bukit Jalil selesai kerja naik taraf Fasa 1 sempena Sukan SEA bulan lalu. 

Stadium Nasional Bukit Jalil sinonim sebagai gelanggang keramat skuad Harimau Malaya. Malah, stadium itu bukan sahaja untuk pertandingan bola sepak tetapi turut dibuka untuk pelbagai aktiviti, termasuk konsert dan perhimpunan politik.

Stadium Nasional Bukit Jalil, yang menelan belanja RM800 juta, mula dibuka pada 1998 sempena penganjuran Sukan Komanwel pada tahun itu.

Stadium ini juga merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN