Selangor Champions League 2018 Lancar Fantasy League, Tawar Hadiah Wang Tunai RM2,000

Bersempena dengan kejohanan Selangor Champions League 2018 (SCL2018) yang bakal membuka tirai di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada hari Sabtu ini, penganjurnya, Football Selangor, melancarkan sebuah fantasy league untuk peminat-peminatnya.

Fantasy league SCL2018 ini dilancarkan semalam dan boleh diakses melalui pautan http://scl2018.ligakita.my

Menurut Football Selangor, pemain terbaik mingguan fantasy league SCL2018 akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan barangan tajaan pengeluar jersi terkemuka tempatan, Kaki Jersi. Manakala pemain terbaik keseluruhan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Football Selangor turut akan menyediakan kandungan-kandungan dengan kerap mengenai fantasy league SCL2018. Artikel tentang fantasy league SCL2018 ini akan diterbitkan di laman sesawang rasmi Football Selangor: http://footballselangor.my/

Selan itu, Football Selangor juga akan menerbitkan rancangan sesawang fantasy league SCL2018 secara langsung di laman Facebook Koppa. Rancangan ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan kepada para pemain fantasy league SCL2018 membuat keputusan membeli dan menjual pemain dengan lebih baik.

Menurut Pengarah Projek SCL2018, Izrin Nabil, fantasy league SCL2018 turut boleh disertai oleh para peminat bola sepak umum yang mungkin kurang mengenali pemain dan pasukan SCL2018. “Itulah sebabnya kita akan menerbitkan artikel dan rancangan sesawang di Koppa. Kita mahu mereka mula mengenali pasukan dan pemain-pemain SCL2018,” ujar Nabil kepada Semuanya BOLA.

Rancangan sesawang tersebut akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa, 2 petang setiap minggu. Peminat yang terlepas siaran langsung tersebut boleh menyaksikan semula rancangan tersebut di Koppa.

Dalam fantasy league SCL2018 ini, para pemain mempunyai bajet RM100 juta untuk membeli 15 pemain pilihan mereka (maksimum 2 penjaga gol, 5 pertahanan, 5 tengah dan 3 penyerang). Seperti fantasy league Premier League, setiap pemain hanya boleh memilih maksimum 3 pemain sahaja daripada satu pasukan. Sistem pemarkahan fantasy league SCL2018 juga sama dengan Premier League.

SCL2018 FANTASY FOOTBALL OFFICIAL PROMO VIDEO

FANTASY FOOTBALL SELANGOR CHAMPIONS LEAGUE 2018 kini secara rasminya telah dibuka.

Tiada wang pendaftaran dikenakan dan HADIAH WANG TUNAI yang lumayan kami sajikan. Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah mingguan sebanyak RM500!

Bersama-sama dengan kerjasama LigaKita.my dan juga rakan-rakan komuniti dan media kami, kami bawakan Fantasy Football SCL2018! Terima kasih LigaKita.my!

Tunggu apa lagi? Login sekarang di scl2018.ligakita.my dan bentuk pasukan Selangor Champions League impian anda!

#SCL2018FantasyFootball
#SCL2018
#FootballSelangor
#LigaUntukJuara
#TransformingCommunityFootball

Posted by Football Selangor – FS on Thursday, September 13, 2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN