Piala Malaysia: Selangor Bakal Hilang 3 Pemain Kerana Saingan Sukan Asia

Selangor bakal memulakan saingan pasca liga iaitu unifi Piala Malaysia dengan tanpa 3 pemain muda mereka.

Kehilangan mereka ini bukanlah kerana perihal kecederaan tetapi sebaliknya mereka akan menjalankan tugas antarabangsa untuk saingan Sukan Asia 2018 yang akan dilangsungkan di Indonesia.

Menurut Berita Harian, 3 pemain yang dimaksudkan adalah Syahmi Safari dan pasangan pemain dari seberang iaitu Evan Dimas dan juga Ilham Udin.

Syahmi akan mewakili skuad kebangsaan sementara Evan dan Ilham bakal mewakili pasukan tuan rumah iaitu Indonesia.

Perkara ini merupakan sebahagian daripada perjanjian oleh Selangor dan juga Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sewaktu perpindahan Evan dan Ilham menjadi kontroversi ketika awal musim.

Walaupun bakal kehilangan pemain yang sering mengisi tempat di kesebelasan utama pasukan, jurulatih Selangor iaitu Nazliazmi Nasir tetap optimis pasukannya tetap boleh memberikan saingan sengit ketika Piala Malaysia.

Beliau berharap pemain yang tampil menggantikan mereka bakal memberikan persembahan yang baik ketika diberikan peluang.

“Harap pemain yang diberikan peluang mengisi kekosongan posisi tiga pemain dapat mempamerkan persembahan cemerlang.”

Walaupun bakal kehilangan Syahmi, Evan dan Ilham tetapi Nazliazmi memberi isyarat tidak akan melakukan perubahan besar melibatkan corak taktikal pasukan.

“Kemungkinan besar barisan pemain yang sama saya akan gunakan untuk kempen Piala Malaysia nanti.”

Selangor telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 33 kali dan kali terakhir mereka menjulangnya adalah pada 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN