Selangor Bakal Hadapi Kelibat Ronaldo Di Pentas Asia

Selangor secara rasminya telah pun diletakkan bersama Kumpulan H bagi Zon Timur untuk aksi AFC Champions League 2 (ACL2) musim 2024/2025 yang bakal membuka tirai bermula hari esok.

Setelah beberapa musim tidak beraksi di pentas Asia, kini The Red Giants miliki peluang untuk membuktikan diri mereka layak sebagai salah satu wakil Malaysia yang beraksi di kejohanan berkelas tinggi.

Ditempatkan dalam Kumpulan H, skuad kendalian Nidzam Jamil bakal menghadapi tiga lagi kelab yang tidak kurang hebat latar belakang mereka sebelum ini iaitu Jeonbuk Hyundai Motors FC (Korea Selatan), Muangthong United (Thailand), serta Dynamic Herb Cebu FC (Filipina).

Daripada ketiga pasukan bakal dihadapi Selangor, jelas wakil dari Korea Selatan iaitu Jeonbuk Hyundai Motors dianggap sebagai lawan paling berbahaya buat mereka.

Apa tidaknya, pasukan itu memiliki reputasi tersendiri sebelum ini di pentas antarabangsa termasuk penyertaan dalam saingan FIFA Club World Cup sebanyak dua kali.

Kelab lain menyaksikan Selangor mungkin bakal diuji oleh penyerang baharu Muangthong United iaitu Ronaldo Kwateh yang juga merupakan bintang muda berpotensi tinggi Indonesia.

Ronaldo menjadi rekrut terbaharu Muangthong United musim ini dan sudah pun diperkenalkan secara rasmi oleh kelab tersebut selaku import serta berkemungkinan akan dibawa turun hari esok bagi menghadapi Selangor.

Pada usia masih muda, pemain tersebut terlepas peluang beraksi di atas padang musim lalu kerana kecederaan dialami dan sudah tentu dirinya ingin membuktikan sesuatu bersama Muangthong United di pentas Asia walaupun sehingga kini masih belum diberi ruang beraksi.

Selain itu, Muangthong United juga turut diperkuatkan oleh bekas bintang Liverpool, Aly Cissokho yang beraksi di posisi pertahanan musim ini.

Wakil dari Filipina iaitu Dynamic Herb Cebu FC juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka turut memiliki beberapa pemain berkemampuan tinggi serta seimbang menerusi gandingan import berkualiti.

Walaupun begitu, Selangor dijangka mampu untuk mencipta sesuatu yang menarik kerana momentum semasa mereka juga berada dalam keadaan terbaik serta diperkuatkan beberapa pemain berkualiti tinggi di segenap posisi.

Pemain import yang ditandatangani kini juga bukan calang-calang dengan reputasi tinggi dimiliki oleh Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Ali Olwan, serta Noor Al Rawabdeh tentu ditagih untuk menjulang nama The Red Giants di pentas Asia.

Kami di Semuanya BOLA berharap setiap wakil kelab dari Malaysia musim ini yang beraksi di pentas antarabangsa mampu mengharumkan nama negara serta menjadikan kita sebagai salah satu tumpuan pemerhati bola sepak sekitar dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN