Selamat Tinggal United

Pemain pertahanan tengah Manchester United dan juga England, Chris smalling, dilaporkan dalam perbincangan untuk menyertai A.S Roma.

The Guardian melaporkan bahawa Roma akan membayar £2 juta bagi mendapatkan khidmat pemain itu pada musim ini tanpa ada opyen perpindahan tetap.

Chris Smalling ada baki kontrak 2 tahun, kerana opsyen lanjutan setahun yang diaktifkan oleh Manchester United pada musim lalu.

Chris Smalling masih belum membuat sebarang penampilan musim ini bersama Manchester United. Beliau kehilangan tempat di dalam pasukan utama selepas Red Devils menandatangani Harry Maguire.

Ole Gunnar Solskjaer buat masa ini menjadikan Harry Maguire dengan Victor Lindelof sebagai pilihan utama.

Walaubagaimanapun terdapat keresahan di kalangan segelintir penyokong Manchester United. Ini kerana mereka berhadapan dengan krisis kecederaan pertahanan seperti Eric Bailly. seterusnya pemain seperti Marcos Rojo masih gagal untuk beraksi dengan konsisten.

Chris Smalling Mungkin bukan pilihan utama berminat untuk mengisi barisan kesebelasan utama. Namun pemain itu jelas sekali permainan bagus untuk mengisi tempat sebagai pemain sokongan ataupun ‘depth player’.

Chris smalling menjadi pemain ketiga Manchester United yang dilepaskan pada jendela perpindahan kali ini selepas Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN