“Selamat Berehat Panjang Wak Mi” – Syahmi Safari Dikaitkan Bakal Ke Selatan

Syahmi Safari Selangor 2021 JDT selamat berehat panjang

“Selamat berehat panjang” merupakan antara ucapan penyokong Selangor FC selepas akhirnya bek kanan, Syahmi Safari telah disahkan oleh pihak pengurusan pasukan meninggalkan The Red Giants musim depan.

Walaupun ada yang terkejut dengan khabar tersebut yang telah berputar sejak beberapa minggu lalu, majoriti besar penyokong menyambut baik tindakan pengurusan pasukan melepaskan pemain utama mereka itu.

Syahmi Safari adalah produk asal Selangor dan telah membuat penampilan pertamanya pada 2017 di usia 19 tahun. Beliau lebih menyerlah bermain sebagai bek sayap berbanding bek sisi yang lebih bertahan. Secara perlahan-lahan, beliau muncul sebagai pemain utama pasukan seterusnya melangkah ke skuad kebangsaan.

Kini, di usia 23 tahun, Syahmi Safari akhirnya meninggalkan The Red Giants. Pada 2019, difahamkan, Selangor menetapkan klausa pelepasan sebanyak RM6 juta dan tidak dimaklumkan nilainya ketika dilepaskan kini.

Namun, menurut laporan MerahKuning247.com, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Dr. Johan Kamal ada menjelaskan yang Syahmi Safari tidak dilepaskan secara percuma sebagaimana yang tular sebelum ini.

“Kami tidak melepaskannya secara percuma dan jumlah pampasan itu kami rasa adil dan boleh digunakan untuk dilaburkan semula ke dalam program pembangunan bola sepak Selangor. Lebih baik lagi, wang pampasan ini telah pun dibayar secara penuh,” ujar Dr. Johan lanjut tentang perpindahan pemain itu.

“Kami juga akhirnya bersetuju melepaskan Syahmi [Safari] kerana Quentin Cheng telah kembali,” tambahnya lagi yang turut memaklumkan yang Syahmi Safari masih memiliki baki kontrak dua tahun lagi bersama Selangor.

Pada 25 November lalu, Selangor akhirnya mengumumkan Syahmi Safari meninggalkan pasukan selepas kata sepakat menamatkan kontraknya berjaya dicapai dan bayaran pampasan juga telah dijelaskan pemain itu.

Memetik kenyataan rasmi penamatan kontrak Syahmi Safari di laman sosial Selangor pada Khamis, mereka telah berkata, “Biarpun berat untuk kelab melepaskan Syahmi, persetujuan bersama ini dibuat berdasarkan pembayaran pampasan yang boleh membiayai pelbagai program pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.”

“Selain itu, kelab juga hanya bersetuju apabila terdapat kehadiran pemain yang berkebolehan dan berkualiti untuk mengisi kekosongan ini. Selangor FC amat menghargai khidmatnya bersama Gergasi Merah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Wak Mi di dalam karier bola sepaknya,” titip ucapan tersebut lagi.

Sementara itu, menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Syahmi Safari dilaporkan akan menyertai juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT). Khabar inilah yang disambut dengan “Selamat berehat panjang” daripada para penyokong Selangor, mungkin berkaitan penampilan Syahmi Safari di sana nanti.

JDT memiliki lambakan pemain di posisi bek kanan dengan mereka secara konsisten masih tampil bermain iaitu Matt Davies, S. Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq. Ini menjadikan beliau adalah pemain ke-4 yang beraksi di posisi tersebut. Tentunya persaingan sengit akan berlaku dan kelibatnya belum pasti akan kelihatan lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN