FIFA 18 Disertai ‘The Journey: Hunter Returns’, Sekuel Terbaru Untuk Peminat

Seperti yang dijangkakan daripada pengeluar dan pembuat pemainan elektronik siri permaian FIFA, Electronic Arts (EA) turut akan menampilkan sekuel terbaru ‘gameplay’ The Journey.

Bagi anda yang biasa dengan permainan melalui platform konsol mahupun PC, anda pasti mengenali watak Alex Hunter dalam siri gameplay The Journey, FIFA 17.

Dalam sidang akhbar di Los Angeles awal pagi semalam, EA mempertontonkan kepada umum kesemua treler di bawah rangkaian syarikat pembuat  permainan elektronik itu.

Salah satu treler yang dipertontonkan ialah ‘The Journey: Hunter Returns’.

Treler ini tampil dengan teknologi Real Player Motion Technology, yang memberi kelebihan animasi responsif dan gerakan yang lebih realistik kepada personaliti pemain.

Berbeza dengan The Journey sebelum ini yang memperlihatkan Alex Hunter lebih sinonim dengan kelab Manchester United pada treler promosi FIFA 17, EA kali ini memilih Chelsea.

Treler berdurasi 1:17 minit itu menunjukkan Alex Hunter memperagakan jersi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016-2017. Latar belakang bilik persalinan di Stamford Bridge juga digambarkan di dalam treler tersebut.

Walaupun tidak jelas, ‘game play’ dalam siri FIFA 18 mungkin memperlihatkan Alex Hunter terlibat dalam saga perpindahan di antara kelab.

Menariknya treler untuk FIFA 18, treler  ‘The Journey: Hunter Returns’ turut menampilkan personaliti bola sepak lain seperti bekas pertahanan Manchester United dan England, Rio Ferdinand.

Pengurus veteran, Harry Redknapp dan juga Pep Guardiola di Manchester City turut membuat kemunculan di samping bintang Totenham Hotspurs, Dele Alli dan juga pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne.

Cristiano Ronaldo, Thomas Muller, Marcus Rashford, Jesse Lingard dan ramai lagi turut kelihatan dalam treler berkenaan.

Treler tersebut telah mengumpul 1,664,669 sejak ia dimuat naik oleh EA ke You Tube pada awal pagi semalam.

Antara perubahan yang pasti diperbaharui untuk sekuel The Journey pada kali ini ialah ia membenarkan pemain untuk mengubah personaliti Hunter.

The Journey juga dikatakan memiliki 6 bahagian yang perlu dilalui pemain dengan setiap bahagian mempunyai misi untuk dicapai.

Tahun lepas hanya Marco Reus dan Harry Kane muncul sebagai watak dalam The Journey. Sehingga kini, Cristiano Ronaldo sudah disahkan sebahai watak baru dalam siri The Journey ini.

Kita menjangkakan lebih ramai watak yang akan terbabit dalam sekuel pada kali ini.

Bagi anda yang sudah tidak sabar menunggu, anda boleh mulai  merancang untuk membuat tempahan awal (pre order) untuk permainan FIFA 18.

Ia dijangka akan dipasarkan di pasaran serentak dengan pengenalannya oleh EA pada 29 September 2017 akan datang.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN