Sebentar tadi, Selangor FC melancarkan jersi ‘away’ yang tampil dengan sisi berbeza bersempena solidariti bersama pesakit kanser di seluruh dunia, namun ia tidak ‘segila’ sebuah kelab Inggeris ini ‘berkempen’.
Membawa isu yang hampir sama iaitu kanser, kelab yang dikenali sebagai Bedale AFC telah melancarkan jersi tembus pandang yang kelihatan ‘seksi dan menggoda’ dan boleh kita katakan idea gila untuk diketengahkan.
AFC Bedale have been kitted out in vegetable kits, hot dog kits and more. But this maybe the first ever see through kit I've seen!?
All in support of prostate & testicular cancer awareness.
✊ Well done @AfcBedale. Please share your appreciation for this. pic.twitter.com/CpUbPI5mFG
— The Kitsman (@The_Kitsman) July 31, 2021
Pada Julai 2021, kelab yang berpangkalan di utara Yorkshire itu telah melancarkan jersi yang mungkin tidak pernah disaksikan di mana-mana di serata dunia apabila bekerjasama dengan sebuah syarikat sosej, Heck berkempen untuk pesakit kanser testis, ironinya ia kanser sama dilalui oleh kapten Selangor, Brendan Gan.
Menurut laporan SportBible, Heck sudah menaja kelab tersebut selama beberapa musim dan kerjasama kedua-dua entiti ini sentiasa menghasilkan jersi ‘unik’ saban tahun. Sebelum ini, kelab itu telah tampil dengan jersi berkonsepkan sosej dan mash, jersi penjaga gol berkonsepkan barbeku (BBQ) dan juga vegan carrot top.
Untuk musim baru saingan The North Riding League, menerusi kempen kanser testis dan prostat ini, mereka berharap dapat mengumpul dana sebanyak £250,000 bersamaan RM1.4 juta, hasil daripada jualan jersi tersebut. Dijual dengan harga £79.99 (RM453), sebanyak £5 (RM28) akan disumbangkan ke kempen itu.
New BEDALE AFC 2020 KITS raising money for @ProstateUK pic.twitter.com/WiadJua2rk
— Andy George (@_andygeorge) September 15, 2020
Kempen tersebut dibuat untuk membantu mengumpul dana buat Prostate Cancer UK, sebuah badan amal yang melakukan kerja cemerlang dalam memerangi kanser di seluruh England. Kerjasama mereka meningkatkan kesedaran tentang dua pembunuh terbesar di UK dalam kalangan lelaki iaitu kanser prostat dan testis.
Menurut laporan Mirror UK, jersi baharu itu tembus pandang sepenuhnya, dengan anak panah putih besar dihalakan ke kawasan yang ‘berkaitan di bawah’, bersama teks, “Jangan lupa untuk buat pemeriksaan.”
Mujur Selangor dan umumnya pasukan-pasukan bersaing di Liga Malaysia, jersi kita tidak segila mereka.
Jersi ‘away’ Selangor tampil dengan simbol reben, merupakan lambang solidariti dalam perjuangan mengatasi kanser dan sebarang cabaran hidup. Warna Hijau Teal yang dipadankan sebagai warna utama, bermaksud harapan dan permulaan baharu. Warna Fuchsia pula bermaksud keyakinan, keberanian, dan kebersamaan.
Akhir sekali warna Ivory yang memberi gambaran kesucian, ketenangan, dalam perjuangan para pesakit kanser. Garisan yang terletak halus di jersi tersebut pula membawa maksud inspirasi untuk terus positif dan tidak berputus asa dalam perjuangan untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan. Ini jersi ‘away’ Selangor.
Selangor FC Away Kit 2022 🔴🟡
Apa komen anda tentang SFC Away Kit 2022 ini? luahkan perasaan anda melalui emoji! Okay GO!
Jersi Away terbaru ini boleh didapati di laman web Selangor FC dengan harga RM119 ( 10% Diskaun untuk pemegang RGTC 2022 )https://t.co/JQksKWv7CJ pic.twitter.com/4d66lyLZf7
— Selangor FC (@selangorfc) February 4, 2022