Perlawanan ke-18 Liga Premier berlangsung semalam. Banyak drama dicatatkan serta perubahan kedudukan di 4 teratas. Berikut adalah rumusannya.
1. Kipre selamatkan Terengganu!
Perlawanan tumpuan pastinya di antara Negeri Sembilan dan Terengganu. Pasukan yang menang akan memimpin liga.
Negeri Sembilan mendahului 2 gol menerusi Jonathan Henri yang menjaringkan gol masing-masing pada minit ke-39 dan k3-42.
Ia dilihat menjadi tonik berharga untuk skuad Jang yang masuk ke bilik persalinan dengan ‘cushion’.
Namun Terengganu merapatkan kedudukan menerusi Kipre hanya 3 minit selepas perlawanan disambung separuh masa ke-2.
Ketika skuad Negeri Sembilan hampir meraikan 3 mata berharga dari Kuala Terengganu, Kipre menyamakan kedudukan pada masa kecederaan. Perlawanan berakhir 2-2.
2. Kuala Lumpur naik ke persada Liga
Kuala Lumpur nampaknya semakin pasti mengatasi KL Syndrome yang kami labelkan kepada mereka selepas beberapa musim kerap beraksi di bawah par pada separuh kedua musim.
Dengan baki 4 lagi perlawanan, pasukan ibu kota ini kini di tangga teratas dengan berkongso 38 mata dengan Terengganu. KLFA menang 0-3 ke atas PDRM. Ashri Chuchu, Josue dan De Paula dalam senarai penjaring
3. PKNP manfaatkan keadaan
Dengan Terengganu dan Negeri Sembilan yang seri di Kuala Terengganu, keputusan menang ke 2-0 oleh PKNP ke atas Perlis adalah keputusan yang sangat penting.
Ia mungkin menjadi ‘turning point’ terbesar dalam usaha mereka untuk mara ke Liga Super 2018. Bintang sensasi Sharel Fikir dan Hafiz Ramdan dalam senarai penjaring.
Kekalahan ini meletakkan Perlis hanya 1 mata dari zon penyingkiran.
4. MISF-MIFA menang dalam pertempuran 9 gol
MISC-MIFA juga mendapat keputusan cemerlang dalam usaha mereka keluar dari zon penyingkiran. Mereka menang 6-3 ke atas kuantan FA.
5 penjaring berbeza untuk MISC-MIFA iaitu Jaepil Shin, Kpah Sean, K. Nantha Kumar, Luiz Eduardo (2), dan M. Tinnadkaran.
2 gol Kuantan FA adalah dari Ljubo Baranin dan Abdul Malik.
5. UiTM kuasai 6 teratas
UiTM FC hampir pasti menamatkan liga di 6 teratas musim ini. Mereka menjarrakan diri 6 mata daripada pasukan di tangga ke-7.
Semalam mereka menang 2-0 ke atas ATM FA. Untuk memburu slot ke liga Super, ia nampak sukar.
6. Sabah terikat dengan JDTII
Sabah berjaya membawa pulang 1 mata dari perlawanan menentang pasukan berkualiti JDTII dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1. Sabah mendahului menerusi Rawilson Batuil (31′).
Namun Che Rashid Che Halim menayamakan kedudukan 2 minit sebelum rehat.
Keputusan ini membolehkan Sabah berada 5 mata dari zon penyingkiran.
Kedudukan liga
Selepas 18 perlawanan, KLFA berjaya menduduki tangga teratas sekali lagi. Mereka berkongsi 38 mata dengan pasukan Irfan Bakti, Terengganu.