Sekian Lama Menyepi, De Paula Dipanggil Semula Kim Pan-gon Sertai Latihan Pusat Harimau Malaya

Guilherme de Paula Malaysia Kuwait 2021

Setelah sekian lama menyepi selepas kegagalan skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala AFF 2020 pada Disember lalu, nama Guilherme de Paula akhirnya kembali mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Sebelum ini prestasi penyerang naturalisasi kelahiran Brazil itu menjadi pertikaian netizen dan pemerhati bola sepak tempatan selepas beberapa aksi hambar bersama pasukan negara.

Malah De Paula turut digugurkan daripada senarai skuad kebangsaan yang menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Singapura dan Filipina pada Mac lalu.

De Paula juga sekian lama menyepi apabila belum melakukan sebarang penampilan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini dalam semua pertandingan.

Dua lagi pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh (JDT) dan Liridon Krasniqi (Odisha) turut berada di dalam senarai 29 pemain yang dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk kem latihan pusat kali ini.

Daripada senarai 29 pemain yang mendapat panggilan kali ini, 14 pemain adalah pemain JDT – termasuk Syahmi Safari yang terpaksa melupakan aksi persahabatan pada Mac lalu apabila pertahanan itu menyambut kelahiran cahaya mata baharu.

Bagaimana pun tiada tempat untuk pemain kelahiran United Kingdom, Nathaniel Shio Hong Wan yang beraksi dengan cemerlang untuk JDT dalam pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC baru-baru ini.

Darren Lok PJ City
Kredit Foto: PJ City FC

Turut berada di dalam senarai adalah tiga tonggak Negeri Sembilan, Khair Jones, Khuzaimee Piee, dan penjaga gol  Syihan Hazmi yang menampilkan aksi cemerlang di dalam saingan Liga Super.

Darren Lok dari PJ City turut berpeluang membuktikan kemampuan dirinya di pentas antarabangsa kali ini selepas terpaksa melupakan perlawanan menentang Singapura dan Filipina sebelum ini akibat kecederaan.

Dua rakan sepasukan Darren Lok, iaitu K. Kogileswaran dan Kalamillah Al-Hafiz turut disenaraikan selain Khairulazhan Khalid (Selangor), Faisal Halim (Terengganu), Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman), Dominic Tan (Sabah), Azam Azih (Sri Pahang), Dion Cools (SV Zulte Waregem), Junior Edstal (Chonburi), dan Norshahrul Idlam Talaha (Melaka United).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN