‘Sekelas Dengan B. Satiananthan’ – Kenangan 17 Tahun Lalu Bersama Kim Pan-gon Diulit Kembali

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan yang baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe seperti dijangka telah mendapat pelbagai reaksi daripada komuniti bola sepak tempatan.

Ada yang bertanggapan jurulatih dari Korea Selatan itu mampu mengubah nasib bola sepak negara jika diberikan ruang tanpa diganggu.

Tidak kurang juga pihak yang terus mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan terus skeptikal dengan usaha badan induk bola sepak negara itu memartabatkan bola sepak negara.

Jangan harap keajaiban sekelip mata

Tidak terkecuali untuk memberikan pandangan adalah B. Satiananthan apabila beliau dihubungi oleh Astro Arena untuk bertanyakan pendapat mengenai pelantikan tersebut.

“Seorang yang tegas [dan] seorang yang berdisiplin,” itulah antara deskripsi yang diberikan oleh bekas pengendali pasukan negara itu mengenai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya.

Walau apa pun kualiti yang dimiliki oleh Kim Pan-gon, B. Satiananthan berpendapat beliau sewajarnya diberikan masa untuk bekerja dan lantikan selama dua tahun oleh FAM dianggap sebagai bertepatan untuk memantau dan menilai hasil kerja jurulatih dari Korea Selatan itu.

“Kita jangan harap pasukan Malaysia nanti terus jadi gergasi di Asia. Kalau mampu membawa Malaysia ke 10 terbesar di Asia, kira Superman lah dia,” tambah bekas pengendali Felda United dan Selangor FC itu lagi.

Malah beliau juga berpendapat kontrak 2 tahun + 2 tahun sekiranya Kim Pan-gon menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukan negara sebagai sesuatu yang berpatutan.

Sudah kenal lama

Nama dan kelibat Kim Pan-gon juga sebenarnya bukanlah watak yang asing bagi B. Satiananthan. Malah beliau sudah mengenali jurulatih berusia 52 tahun itu sejak 2004 lagi.

Dan apabila nama Kim Pan-gon diumumkan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin dalam sidang media tempoh hari, sudah pasti kenangan berusia 17 tahun bersama jurulatih dari Korea Selatan itu muncul kembali.

“Saya mengenal dia, tetapi bukan bererti saya yang rekomend-kan. Saya kebetulan lihat namanya diumumkan hari ini. Saya kenal dia pada 2004 ketika saya, Datuk K. Rajagopal, Robert Alberts mengikuti kursus lisens pro di Jerman, Korea, dan Malaysia,” jelas Sathianathan.

Dalam erti kata lain, Kim Pan-gon pernah berguru bersama-sama dan berada di dalam kelas yang sama dengan B. Satiananthan, Datuk K. Rajagopal, dan Robert Alberts ketika mendapatkan lesen kejurulatihan masing-masing.

“Setelah mendapat lesen pro, dia pergi ke Hong Kong. Di sana, dia kemudian mengendalikan kelab dan skuad kebangsaan [Hong Kong].”

Kim Pan-gon dijangka akan tiba di Malaysia pada pertengahan Februari akan datang dan akan terus mempersiapkan pasukan untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

“Saya mengambil maklum mengenai potensi kemajuan skuad kebangsaan Malaysia dan visi mereka. Jadi saya membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia bagi mendapatkan cabaran baharu,” kataKim pan-gon ketika mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa khas kepada Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) sebelum ini.

Pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurlatih pasukan negara menyaksikan tiga jurulatih dari republik itu kini berkhidmat di rantau ASEAN selain Park Hang Seo bersama Vietnam dan Shin Tae Yong di Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN