Pasti ramai pembaca tertanya dari manakah wujud idea Piala Konferedasi. Sempena edisi 2017 yang bakal menjelang tiba, kami membawakan khas kepada anda asal usul Piala Konfederasi.
Anda boleh memanggilnya sebagai ‘Piala Dunia mini’ ataupun Piala Juara Antara Juara.
1992: Sebuah permulaan
Ia bermula pada 1992 dengan nama King Fahd Cup. Seperti ramai pembaca boleh jangka, ia dianjurkan di Arab Saudi.
4 negara menyertainya. Arab Saudi selaku juara Asia pada 1988. Amerika Syarikat pula membawa panji CONCACAF selaku juara Gold Cup edisi 1991.
Argentina mewakili CONEMBOL manakala Ivory Coast sebagai juara Afrika
Formatnya mudah, tiada peringkat kumpulan dan ia berlangsung dengan kalah mati. Argentina menewaskan Ivory Coast 4 gol tanpa balas. Tuan rumah kalahkan Amerika Syarikat 3-0.
Namun dalam saingan final, Argentina menewaskan Arab Saudi dengan skor 3-1.
Beberapa fakta menarik dalam kejohanan sulung ini. Pertama, tiada wakil Eropah mahu pun Oceania. Kedua, tiada gol sendiri dijaringkan!
1995: Edisi kedua
Edisi kedua menyaksikan enam pasukan bertanding. Malah, merupakan ia edisi terakhir dipertandingkan atas nama King Fahd Cup.
Setiap kumpulan mempunyai tiga negara. Juara kumpulan akan ke final manakala tempat kedua beraksi dalam saingan tempat ketiga terbaik.
Argentina dibenam Denmark. Wakil Eropah itu menjadi juara edisi terakhir kejohanan ini digelar King Fahd Cup.
Penjenamaan semula
FIFA mengambil alih hak penganjuran kejohanan ini mulai edisi 1997. Edisi 1997 ini juga menyaksikan format lapan negara diperkenalkan. Juara Piala Dunia diberi tiket bertanding dalam kejohanan ini.
OFC menghantar Australia sebagai wakil sulung dalam saingan Piala Konferedasi. Australia ke final namun ditewaskan Brazil.
Prelude Piala Dunia?
FIFA menjadikan Piala Konferedasi sebagai ‘prelude’ untuk sesebuah negara menjadi hos Piala Dunia. Korea Selatan dan Jepun dijadikan eksperimen pertama syarat ini.
Anehnya, semasa Piala Konferedasi 2003 diadakan di Perancis. Perancis tidak menjadi hos Piala Dunia 2006. Sebaliknya kejohanan ini juga diadakan pada 2005 di mana Jerman menjadi tuan rumah. Jerman juga menjadi Piala Dunia 2006.
Namun, keributan itu nampak selesai apabila 3 hos Piala Dunia memanfaatkan kejohanan ini sebagai persediaan. Afrika Selatan dan Brazil menggunakan pengalaman ini untuk memperbaiki mutu penganjuran sebelum kejohanan Piala Dunia.
Penutup
Diharapkan sedikit penerangan ini mampu memberikan pencerahan mengenai asal usul Piala Konferedasi ini. Bagi penulis, ia tidak boleh dipandang sebagai kelas kedua?
Kerana apa? Ia tetap satu trofi yang berprestij untuk dimenangi. Walaupun hakikat sebenarnya ia kurang berprestij.
Untuk edisi 2017, kejohanan Piala Konfederasi seperti biasa akan dianjurkan di negara penganjur Piala Dunia pada tahun berikutnya.
Jadi ia akan berlangsung di Rusia bermula 17 Jun hadapan.