Sejarah Hitam Liverpool & Man United Terlibat Skandal Yang Mengemparkan Dunia Bola Sepak

Pertemuan di antara Liverpool dan Manchester United adalah salah satu perseteruan paling besar di dalam bola sepak. Jarang sekali lari dari kontroversi menjadi sebab pertemuan kedua-dua pasukan sering kali menarik perhatian dunia bola sepak.

Namun tidak ada yang mampu menghasilkan kontroversi seperti perlawanan yang diadakan ketika Good Friday pada 1915.

Malah pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan pada ketika itu dianggap sebagai yang paling kotor dalam sejarah sukan British kerana dicemari dengan skandal mengatur perlawanans secara terang-terangan.

Perseteruan jadi skandal

Pada hari tersebut, dua perlawanan penting membabitkan pasukan di dasar liga diadakan serentak. Salah satunya adalah pertemuan yang dilangsungkan di Old Trafford membabitkan kedua-dua kelab.

Perlawanan tersebut dilapokan telah mendapat campur tangan pihak ketiga menyebabkan terdapat pemain dari kedua-dua pasukan mahukan ia berakhir dengan jaringan 2-0.

Kedudukan tersebut akan membenarkan United dari disingkir ke liga bawahan. Liverpool pula sudah tiada apa-apa lagi untuk dikejar dan berada di pertengahan liga.

Manchester United vs Liverpool. Good Friday 1915.

“Saingan pada musim tersebut dibayangi oleh Perang Dunia Pertama, yang sudah pun berlarutan selama beberapa bulan. Maka anda boleh mengandaikan pemain-pemain ini menjual perlawanan untuk kepentingan mereka sendiri,” ujar seoran penulis sukan, Graham Sharpe yang melakukan kajian mengenai kes tersebut.

Keadaan pada ketika itu ialah pada pertengahan Mac. Industri bola sepak di England pada ketika itu berada dalam keadaan malap akibat perang. Semua pihak dapat merasakan tidak ada bola sepak untuk musim seterusnya.

Ramai di kalangan pemain sudah pun mendaftar untuk menyertai askar. Manakala yang tidak menyertai perang tertanya-tanya bagaimana kehidupan bakal diteruskan tanpa perlawanan yang merupakan punca rezeki pada ketika itu.

Perjudian cemari perlawanan

Khabar angin sudah tersebar pada ketika itu mengenai berapa jauh kejujuran kedua-dua set pemain yang akan bertanding, walau pun sebelum sepak mula.

Terdapat saksi juga mendedahkan pemain kedua-dua pasukan melakukan perjumpaan rahsia di sebuah pub di bandar Manchester untuk berbincang mengenai keputusan akhir perlawanan.

Nilai pertaruhan kemudiannya segera ditingkatkan kepada 8/1 untuk tawaran – indikasi jelas penipuan akan berlaku.

Menurut Sharpe, beberapa syarikat perjudian turut menyatakan rasa curiga apabila menerima jumlah taruhan tidak masuk akal. Ini menyebabkan taruhan tersebut segera menarik perhatian.

18,000 penonton memenuhi Old Trafford dan menyaksikan penipuan secara terang-terangan.

Bagaimana ia dilakukan?

George Anderson menjaringkan kedua-dua gol untuk United pada ketika itu. Pada kedudukan 1-0, United memperolehi sepakan penalti.

Ketua pasukan yang juga merupakan centre back pasukan, Patrick O’Connell mengambil sepakan tersebut dengan deras namun tidak menepati sasaran.

Berdasarkan laporan, sepakan tersebut diambil dengan liar dan hampir menuju ke penjuru sepakan sudut diambil – menjelaskan betawa jauh ianya disasarkan.

Sharpe kemudian berkata: “Berdasarkan laporan perlawanan yang saya temui, O’Connell kemudianyya  berjalan sambil ketawa do atas padang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Old Trafford, 1915.

“Ia seolah-olah tidak mengapa penalti itu gagal disempurnakan, kerana nanti akan ada gol lain yang menyusul bila-bila sahaja United mahukan.”

Terdapat juga laporan berlaku pertelingkahan di bilik persalinan selepas pemain yang pada asalnya tidak menyedari plot tersebut mahu menarik diri.

Malah selepas United memperolehi gol kedua, penyerang Liverpool, Fred Pagnam hampir merosakkan perancangan apabila percubaan beliau mengenai palang.

“Beberapa pemain Liverpool memberikan reaksi marah kepada rakan sepasukan mereka itu,” kata Sharpe.

Hasil siasatan

Siasatan terus dilakukan selepas perlawanan tersebut. Pada musim tersebut, empat pemain Liverpool Tom Fairfoul, Tom Miller, Bob Purcell dan Jackie Sheldon serta tiga dari United Enoch West, Sandy Turnbull dan Arthur Whalley digantung seumur hidup oleh The FA.

Lawrence Cook dari Chester dan Fred Howard dari Manchester City turut menerima nasib sama atas peranan masing-masing dalam kejadian tersebut.

Pihak FA dalam pendakwaan menegaskan pemain-pemain yang dihukum tidak menunjukka kejujuran dan keadilan dan tidak menghormati bola sepak sebagai satu pertandingan

Kebanyakkan pemain-pemain ini tadi kemudiannya memasuki pasukan tentera untuk Perang Dunia Pertama.

Sandy Turnbull telah terbunuh ketika perang, manakala hukuman gantung pemain lain kecuali West telah ditarik balik oleh FA pada 1919 atas peringatan akan jasa mereka kepada negara.

Disebabkan keadaan perang, Football League pada ketika itu hanya disambung semula pada musim 1919/20. Empat pemain yang telah diampunkan meneruskan karier mereka, manakala West pula hanya diampunkan pada 1945 pada usia 59 tahun.

Penutup

Motif pemain mengatur perlawanan pada ketika itu jelas disebabkan faktor kewangan dan desakan hidup, dan bukan semata-mata untukmenyelamatkan ManUnited dari tersingkir.

Namun dua mata penting hasil kemenangan tersebut memberikan United kelebihan satu mata ke atas Chelsea di tangga ke-19 pada 1915 itu.

Bagaimanapun Chelsea dan dan Arsenal – dua pasukan yang sepatutnya tersingkir – terselamat selepas Divisyen Satu Liga Inggeris memutuskan untuk menambah dua lagi pasukan pada musim 1919/20, sekaligus mengekalkan kedua-dua kelab London ini di Divisyen Satu.

FOTO: British Museum, Getty Images

Baca artikel menarik kami yang lain melalui pautan:

Kisah Man Utd Menangani Tabiat Minum Coke & Berguling Seperti Anjing Menjengkelkan Ronaldo

9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield

Rahsia Peningkatan Mendadak Man United Pasca Lockdown

Sudah Pokai & Miskin, Ini Cara Ronald Koeman Pastikan Barcelona Kembali Ke Landasan Persaingan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN