Bagi meningkatkan tahap professionalisme dalam pasukan, semua persatuan bola sepak yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) perlu segara mendapatkan lesen kelab kebangsaan atau lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, kesan kenapa kegagalan mendapatkan lesen itu, pasukan berkenaan akan dijatuhkan hukuman disingkirkan ke liga bawahan ataupun tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pertandingan anjuran AFC sekalipun telah layak secara merit.
Felda United antara pasukan yang pernah dikenakan hukuman diturunkan ke liga bawahan pada penghujung musim 2017 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
RASMI : Felda United Diturunkan Ke Liga Perdana 2018, PKNP FC Dan N.Sembilan Naik Liga Super 2018 – https://t.co/ALHNuHjYTo pic.twitter.com/325AQxkiQL
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 4, 2017
Bercakap kepada Bernama di pejabatnya tempoh hari, beliau menyedari perkara ini telah berlanjutan sejak sekian lama dan kecewa dengan komitmen sebahagian besar persatuan yang dilihat masih tidak mengendahkan arahan demikian.
“Kalau tiada lesen, kita cuma main bola sepak amatur sahaja. Kita harapkan persatuan bola sepak kebangsaan mana-mana (ahli gabungan AFC) untuk menggunakan pelesenan kelab ini, untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan persatuan atau kelab.
Hanya 9 Pasukan Liga Super Lulus Pelesenan Kelab – https://t.co/VUXbaaPUrP pic.twitter.com/bB128UVI2W
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 27, 2019
“Banyak negara telahpun menaikkan tahap profesionalisme, dengan hanya menggunakan pelesenan kelab yang kita syorkan sebagai salah langkah mesti dan harus dilakukan, kalau ingin bermain bola sepak profesional,” katanya lagi.
Enam kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap pasukan yang bertanding untuk mendapatkan lesen kebangsaan FAM ialah perkara-perkara berkaitan kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2019.
3 Kelab Liga Super Antara Yang Masih Gagal Lengkapkan Permohonan Pelesenan – https://t.co/PsQBcyWkAw pic.twitter.com/LH9KMw3lGR
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 27, 2019
Windsor turut mengakui beliau optimis semua 47 ahli gabungannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kelab di negara masing-masing berada di landasan yang tepat bagi mendapatkan lesen tersebut dalam beberapa tahun akan datang.