“Sebelum Komen, Betulkan Pasukan Dulu” – Jamal Nasir Tolak Dakwaan Ada Tokong Dalam Liga Malaysia

Baru-baru ini suasana bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) sedikit panas apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ada mengeluarkan satu kenyataan mengenai kewujudan ‘tokong’ yang perlu disembah dalam bola sepak tempatan.

Menurut beliau ketika itu, bola sepak adalah sukan untuk semua dan bukan hanya berpaksikan seseorang sahaja sehingga perlu disembah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa.

Bagi membidas kenyataan kontroversi tersebut, tampil legenda bola sepak negara iaitu Datuk Jamal Nasir Ismail yang menolak anggapan tersebut dengan alasan tersendiri.

Menurut beliau, bola sepak negara sejak dahulu lagi memang wujud kelemahan dari segenap aspek. Namun, segalanya diperbaiki sedikit demi sedikit oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ada penambah baikan.

“Mana boleh kata ada ‘tokong’ kerana dari dulu lagi bola sepak kita macam itu. Dulu zaman saya kita berjaya lahirkan empat hingga lima pemain terbaik seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, tetapi selepas itu bola sepak kita tak ke mana pun.

“Tetapi FAM cuba melakukan perubahan demi perubahan agar bola sepak kita jadi profesional. Bola sepak ini bukanlah buat hari ini terus nak jadi sempurna, ia perlukan proses jangka panjang.

“Jadi janganlah kita nak cakap ada tokong atau apa-apa, kerana dari dulu lagi masalah dalam bola sepak kita ini sentiasa ada,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, dalam kenyataan dikeluarkan oleh Sanusi turut menyelitkan isu pengadil yang dilihat agak meragukan apabila memberi masa tambahan selama 10 minit dalam aksi pertemuan Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim apabila disifatkan jarang berlaku di mana-mana perlawanan.

Jamal menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan setiap tindakan pengadil pastinya bersebab dan melihat banyak lagi faktor dalam perlawanan tersebut sehinggakan masa tambahan agak panjang diberi.

“Soal pengadil beri tambahan masa yang banyak mesti bersebab dan dibuat dengan rasional. Kita kena lihat berapa banyak masa yang dibuang pemain, belum legi cerita kecederaan pemain dan lain-lain lagi.

“Lagipun pengadil adalah ‘Raja’ di atas padang. Pengadil mungkin gunakan budi bicara dia ketika perlawanan untuk beri tambahan masa. Jadi bagi saya tak perlulah kita nak pertikaikan tentang itu,” katanya.

Menurut Jamal lagi, untuk ketika ini ada baiknya Sanusi memberi fokus buat Kedah Darul Aman (KDA) yang kini dilihat tidak konsisten sejak beberapa perlawanan.

“Kita ambil kenyataan Sanusi itu sebagai teguran. Tapi sebelum nak komen, saya ingat baik beliau betulkan pasukannya dulu. Tak guna cakap kalau pasukan sendiri pun ada banyak masalah.”

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN