“Sebelum Ambil Alih Perak, Kena Tengok Beberapa Kriteria Dulu” – Stuart Ramalingam

Beberapa penelitian kriteria bakal dibuat terlebih dahulu oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai pengambilalihan oleh entiti baharu untuk skuad Perak.

Menurut Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, bagi mengelakkan masalah sama berulang buat skuad ini, isu penetapan kriteria tersebut sangat penting untuk dinilai oleh mereka terlebih dahulu.

“Sebelum kami memahami penuh pengambilalihan Perak oleh entiti baharu, beberapa kriteria akan kami lihat terlebih dahulu termasuk pemilik baharu perlu mengemukakan perancangan pemulihan kelab kepada pihak MFL.

“Selain itu pemilik baharu juga perlu sertakan bukti sumber dana yang dimiliki, latar belakang pemilik atau syarikat, rekod prestasi mereka, dan jaminan untuk melangsaikan segala hutang dan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Rabu.

Sebelum itu menerusi satu kenyataan, Perak dikhabarkan bakal bertukar hak milik dalam masa terdekat apabila pasukan tersebut bakal mempunyai pemilik baharu setelah diumumkan bakal dijual.

Walaupun begitu, menurut Stuart segala proses tersebut masih tertakluk kepada cadangan pengendali Liga Malaysia (Liga-M) yang akan dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai tawaran terbabit.

Namun begitu, sehingga semalam Stuart mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang dokumen untuk dinilai pihak mereka mengenai pengambilalihan Perak yang sepatutnya sudah pun diserahkan pada Selasa lalu.

“MFL sudah meminta Perak FC untuk menyerahkan segala dokumen berkaitan pengambilalihan kelab itu pada minggu lepas. Bagaimanapun atas beberapa kekangan Perak FC menyatakan komitmen untuk menghantar dokumen itu semalam, namun pihak kami masih belum menerimanya,” ujarnya.

Dalam masa sama Stuart juga menerangkan segala bentuk hukuman mengenai kelewatan menghantar dokumen tersebut masih lagi di peringkat perbincangan kerana menurut beliau ia melibatkan banyak pihak.

“Perkara tersebut (hukuman) masih dalam perbincangan. Sebab kita perlu ambil kira pihak lain yang terlibat termasuklah pemain jurulatih kerana mereka adalah keutamaan kami,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN