Aksi pertama Gareth Bale sejak kepulangannya ke Tottenham Hotspur sememangnya amat dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak, namun kemunculannya ketika aksi menentang West Ham United pada Ahad tidaklah seperti yang diharapkan.
Penyerang yang dipinjam dari Real Madrid tersebut dimasukkan pada minit ke-72 menggantikan Steven Bergwijn ketika Spurs sedang selesa mendahului 3-0 di Stadium Tottenham hasil dua jaringan Harry Kane dan gol awal Son Heung-min pada separuh masa pertama.
Tidak sampai 10 minit beliau di atas padang, The Hammers memulakan ‘kebangkitan’ mereka dengan dua gol pantas menerusi jaringan Fabian Balbuena dan gol sendiri Davinson Sanchez diikuti oleh rembatan padu Manuel Lanzini dari luar kotak penalti pada masa kecederaan.
Manuel Lanzini just wrapped up the Goal of the Season award with that phenomenal strike. Mourinho, Bale and Kane taking a big L. Shouldn't have taken Sonny off at three zero. Moyesy just graduated from King of Zoom to King of the comeback. This league, this season. Inject it. 💉 pic.twitter.com/pFU0hERfwZ
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 18, 2020
Sepanjang 20 minit penyerang Wales tersebut beraksi, beliau beroleh dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol, namun aksinya tidak lebih seperti sekadar seorang ‘penumpang’ sahaja dalam skuad kendalian Jose Mourinho itu.
Percubaan pertamanya hadir menerusi sepakan percuma, namun rembatannya lemah dan mudah ditangkap oleh penjaga gol pelawat Lukasz Fabianski.
Keduanya selepas Kane membuat hantaran yang berjaya dikawalnya dan berjaya melepasi kawalan Angelo Ogbonna, tetapi percubaannya tersasar ke sebalah kanan pintu gol.
https://twitter.com/28llock/status/1317896438089646085?s=20
Aksi mengecewakan itu jelas menunjukkan masih banyak yang beliau perlu lakukan bagi menghilangkan segala ‘kekaratan’ yang telah terkumpul sejak sekian lama terutamanya untuk beberapa tahun beliau ‘diperam’ di Real Madrid.
Walau bagaimanapun, Mourinho enggan mengkritik pemain baharunya itu ketika bercakap dalam sidang media selepas perlawanan.
“Saya rasa keputusan untuk tidak memulakannya dalam aksi malam ini adalah keputusan yang betul,” jelas Mourinho mengenai pertanyaan mengapa beliau meletakkan Bale di bangku simpanan walaupun pemain tersebut telah cergas.
"It is very important he has a happy season with us at this moment in his career." 😄
Jose Mourinho hints at Bale's selection. 🤩 pic.twitter.com/gEeTPAvggK— MSportOfficial (@MSportOfficial) October 17, 2020
“Keputusan saya itu menunjukkan dia tidak ada kerusi istimewa menanti untuknya dalam pasukan ini. Ini adalah mesej yang penting kepada semua pemain bahawa dalam pasukan ini, semua orang perlu berusaha untuk mendapat tempat.
“Dia diterima dengan baik dalam pasukan ini. Semua orang sukakannya dan saya percaya dia telah jumpa semula tahap keyakinannya di sini. Jadi segalanya adalah positif, tetapi fokus utama tidak sepatutnya tertumpu pada dia.
“Sayang sekali dia tidak menjaringkan gol keempat pasukan walaupun mendapat peluang untuk mengesahkan kemenangan, tetapi sebaliknya berlaku dan itulah bola sepak.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Gareth Bale dan Tottenham Hotspur:
Seperti Ozil, Gareth Bale Juga Tak Nak Potong Gaji Di Real Madrid
‘Akhirnya Terukir Senyuman Di Wajahnya’ – Menantikan Kemunculan ‘Bale Baharu’