Inilah Sebab Mengapa Gambar Coutinho Dialihkan Dari Stor Rasmi Liverpool

Isu perpindahan pemain Liverpool, Philippe Coutinho masih belum berakhir.

Setakat ini, kisahnya terhenti dengan pemain tersebut menghantar permohonan rasmi kepada pihak kelab untuk berpindah.

Namun semalam terdapat pembaharuan baharu kepada cerita pemain tersebut.

Stor rasmi Liverpool telah mencipta kecoh apabila mereka mengalihkan gambar Coutinho menghiasi ruang utama stor tersebut.

Saat gambar pemain itu dialihkan pekerja stor telah pun dirakam dan ia telah menjadi rakaman tular di laman media sosial.

Ramai yang mengaitkan tindakan itu adalah sebagai tanda terbesar yang pemain itu bakal meninggalkan Liverpool.

Namun begitu ia bukanlah seperti yang difikirkan ramai pihak.

Menurut sumber di England, tindakan yang dilakukan oleh pihak stor itu bukanlah terhadap gambar Coutinho sahaja.

Akan tetapi ia turut melibatkan kesemua gambar pemain Liveprool serta pengurus mereka – Jurgen Klopp.

Ia dilakukan bagi memberi laluan kepada pihak stor untuk melakukan persediaan untuk majlis pelancaran fesyen untuk koleksi musim luruh yang akan diadakan pada hari ini iaitu Isnin.

Tindakan tersebut telah menjadi satu petanda besar dalam bola sepak apabila sebelum ini gambar Neymar dialihkan dari stor Barcelona sebelum beliau ke Perancis.

Jangan khuatir semua penyokong Liverpool, semuanya baik-baik saja.

Sumber:

  1. Liverpool Echo (2017): Here’s why Philippe Coutinho’s image was removed from Liverpool’s official club store; http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/heres-philippe-coutinhos-image-removed-13470939

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN