Arsenal hari secara rasminya telah mengumumkan kedatangan pemain bek kiri/bek sayap kiri Bosnia Herzegovina, Sead Kolosinac secara percuma dari Schalke 04.
Sebelum pengumuman rasmi ini, media sukan di UK telah melaporkan pengurus Everton, Ronald Koeman turut berminat membawa pemain berusia 23 tahun itu ke Goodison Park.
Sead Kolasinac yang tamat kontraknya bersama Schalke 04 pada 1 Jun lepas bagaimanapun lebih berminat menyertai Arsenal melalui peraturan Bosman. Ini kerana Arsenal dilaporkan akan menjamin tempat kesebelasan utama kepada Kolasinac jika menyertai pasukan utara London itu.
Sebagai rekod, peraturan Bosman membenarkan pemain yang mempunyai baki kontrak kurang daripada 6 bulan untuk berbincang masa depan karier masing-masing dengan kelab lain.
Siapakah Sead Kolasinac?
Kolasinac dilahirkan di Karlsruhe, Jerman dan pernah mewakili negara kelahirannya itu di peringkat antarabangsa untuk pasukan Jerman Bawah-19 dan Bawah-20.
Menyedari saingan merebut posisi bek kiri agak sengit untuk Jerman, Kolasinac memilih untuk mewakili negara kelahiran ibu bapanya, Bosnia Herzegovina. Sehingga kini beliau telah mencatat 23 penampilan antarabangsa.
Di peringkat kelab, Kolasinac tampil 118 kali untuk Schalke sejak berpindah dari VfB Stuttgart pada tahun 2011.
Aspek permainan Kolasinac
Pemain bek kiri Bosnia Herzegovina ini mempunyai fizikal yang kuat, pantas ketika bertahan dan bijak dalam melakukan serangan dari bahagian pertahanan ke kubu lawan.
Sead Kolasinac looks like a brute with pace. RIP Kieran Gibbs career at AFC… pic.twitter.com/rZQpx0mAMo
— The Arsenal Tom (@TheArsenalTom) June 6, 2017
Gol bukanlah aspek yang terpenting dalam permainan Kolasinac walaupun beliau tetap berusaha untuk menjaringkan gol.
Gol pertama Kolasinac dalam Bundesliga hadir hanya pada musim ke-4. Dan kini di musim kelima di Bundesliga, beliau mula menampakkan hasil yang lebih menakjubkan.
Menurut laporan FourFourTwo, purata bentesan yang dibuat oleh Kolasinac ialah sebanyak 2.9 kali dalam setiap perlawanan.
Lariannya deras persis Patrice Evra ketika zaman gemilang pertahanan Perancis itu. Di samping itu beliau juga memiliki susuk tubuh yang tegap seperti pertahanan Man City, Vincent Kompany.
Dua aset ini merupakan satu kombinasi yang sukar didapati dalam seorang pemain pertahanan kiri yang tipikal di dunia.
‘The Destroyer’, ‘The Tank’, ‘The Bulldozer’, ‘The Bosnian Hulk’, ‘The Duracell Bunny’ – ini adalah gelaran yang diberi oleh penyokong Bosnia dan Schalke untuk pemain pertahanan kiri kental ini.
Keazaman dan stamina adalah beberapa nilai tambah luar biasa yang turut dimiliki oleh Kolasinac.
Gibs bakal keluar?
Dengan adanya Sead Kolasinac dan Nacho Monreal sebagai bek kiri Arsenal, kami menjangkakan masa Kieran Gibbs di Arsenal bakal berakhir.
Baru-baru ini media tabloid UK melaporkan Newcastle United sedia melabur £15 juta untuk mendapatkan khidmat Gibbs.
Rafa Benítez is willing to meet Arsenal's £15m asking price for Kieran Gibbs. [@ChrisDHWaugh] pic.twitter.com/OwLGUG3QMh
— Arsenal TSN (@ArsenalTSN) June 4, 2017
Kami pasti ramai penyokong Arsenal bergembira dengan penambahbaikan yang dilakukan Arsene Wenger di posisi bek kiri/bek sayap kiri. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Kolasinac di Arsenal!