SCL2019: SA PIB FC Raih Kemenangan Penting Ke Atas Kingstown Klang FC

SA PIB FC

SA PIB FC mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas berjaya menumpaskan Kingstown Klang FC 2-1 pada aksi kelima saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.

Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak mudah untuk dicapai  SA PIB FC setelah aksi longlai dipamerkan skuad bimbingan Haswanis Che Ahmad itu pada babak pertama.

Keadaan itu disulitkan lagi dengan jaringan pendahuluan menerusi pemain muda, Shah Ekmal Azman Saleh yang meledakkan rembatan cantik dari luar kawasan penalti sekaligus memberikan kelebihan buat Kingstown Klang FC pada minit ke-24.

Bagaikan mendapat tonik berguna sewaktu menanti sepak mula separuh masa kedua, naib juara edisi 2017 itu tampil dengan lebih meyakinkan pada baki 35 minit terakhir.

Ketika aksi baru enam minit bersambung, Ahmad Qushairi Mustafa kembali menyamakan kedudukan selepas dengan tenang beliau menolak masuk bola hasil hantaran dari sebelah kanan pintu gol Kingstown Klang FC dilakukan Mamadou Barete.

Sedar hanya kemenangan dapat mencerahkan peluang SA PIB FC ke saingan kalah mati, Haswanis memasukkan pemain lincah, Muhammad Huzaini Ikhram bagi menambah sengat pasukan dari Shah Alam itu.

Huzaini pantas memberikan impak positif setelah beliau tidak melepaskan peluang untuk melakukan percubaan susulan daripada sepakan percuma Ahmad Qushairi yang ditepis Md Azri Md Arus untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-55.

Kelincahan Huzaini nyata menjadi masalah buat barisan pertahanan Kingstown Klang FC tetapi usaha SA PIB FC selepas itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan digagalkan akibat penyudah tumpul.

SA PIB FC ketika ini berada di tangga ketiga dengan 11 mata  manakala Kingstown Klang FC yang sudah pun menempah slot ke suku akhir dengan lebih awal masih kekal di tangga teratas.

Namun, kedudukan kedua-dua pasukan itu akan terjejas sekiranya Kuala Selangor Batu Dua FC dan Puchong Fuerza FC menang pada perlawanan minggu ini.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Huzaini Ikhram (SA PIB FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN