SA PIB FC mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas berjaya menumpaskan Kingstown Klang FC 2-1 pada aksi kelima saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.
Kemenangan tersebut bagaimanapun tidak mudah untuk dicapai SA PIB FC setelah aksi longlai dipamerkan skuad bimbingan Haswanis Che Ahmad itu pada babak pertama.
GOAL! Kingstown Klang leads!
Shah Azman with an astonishing curler to break the deadlock!
PS: PIB must win to increase their chance of qualifying for the knockout stage.#KKFCvsPIB#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/8icMsQQ9a6
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Keadaan itu disulitkan lagi dengan jaringan pendahuluan menerusi pemain muda, Shah Ekmal Azman Saleh yang meledakkan rembatan cantik dari luar kawasan penalti sekaligus memberikan kelebihan buat Kingstown Klang FC pada minit ke-24.
Bagaikan mendapat tonik berguna sewaktu menanti sepak mula separuh masa kedua, naib juara edisi 2017 itu tampil dengan lebih meyakinkan pada baki 35 minit terakhir.
Ketika aksi baru enam minit bersambung, Ahmad Qushairi Mustafa kembali menyamakan kedudukan selepas dengan tenang beliau menolak masuk bola hasil hantaran dari sebelah kanan pintu gol Kingstown Klang FC dilakukan Mamadou Barete.
GOAL! PIB equalizer!
Mamadou Berete cuts it back for Ahmad Qushairi who just got the ball in!#KKFCvsPIB#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/ciNX4pWGnI
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Sedar hanya kemenangan dapat mencerahkan peluang SA PIB FC ke saingan kalah mati, Haswanis memasukkan pemain lincah, Muhammad Huzaini Ikhram bagi menambah sengat pasukan dari Shah Alam itu.
Huzaini pantas memberikan impak positif setelah beliau tidak melepaskan peluang untuk melakukan percubaan susulan daripada sepakan percuma Ahmad Qushairi yang ditepis Md Azri Md Arus untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-55.
GOAL! PIB leads!
Ahmad Qushairi’s free-kick was saved, but Huzaini Ikhram reacted quickly to put away the rebound!#KKFCvsPIB#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/PcFHoRMKgY
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Kelincahan Huzaini nyata menjadi masalah buat barisan pertahanan Kingstown Klang FC tetapi usaha SA PIB FC selepas itu untuk mengukuhkan lagi kedudukan digagalkan akibat penyudah tumpul.
SA PIB FC ketika ini berada di tangga ketiga dengan 11 mata manakala Kingstown Klang FC yang sudah pun menempah slot ke suku akhir dengan lebih awal masih kekal di tangga teratas.
Namun, kedudukan kedua-dua pasukan itu akan terjejas sekiranya Kuala Selangor Batu Dua FC dan Puchong Fuerza FC menang pada perlawanan minggu ini.
Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Huzaini Ikhram (SA PIB FC)