SCL2019: MBSA FC Pamer Kebangkitan Untuk Tundukkan Subang Protap II FC

MBSA FC mempamerkan semangat juang tinggi dalam merakamkan kemenangan 3-2 ke atas Subang Protap II FC pada aksi minggu kelima saingan kumpulan B Selangor Champions League 2019 (SCL2019) di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Lebih menarik untuk diperkatakan mengenai kemenangan keempat ini ialah keupayaan MBSA dua kali bangkit daripada ketinggalan.

Subang Protap II FC terlebih dahulu di hadapan pada minit ketujuh selepas gerakan dari bawah oleh Ahmad Azrul Azrie disudahkan dengan baik hasil gerakan menariknya bersama Ushindi Baraka.

Kedudukan kembali terikat pada minit ke-13 selepas Mohammad Naim Halim menanduk masuk bola susulan sepakan percuma yang diambil Mohamad Azrul Syafiq.

Memasuki babak kedua, Muhammad Lokman Hakim sekali lagi memberikan kelebihan buat Subang Protap II FC dengan jaringan pada minit ke-39.

Namun, tempoh lima minit menjadi pemusnah harapan Subang Protap II FC apabila jaringan daripada Ahmad Hafiz Abdul Aziz dan Muhammad Azfar Hamzah pada minit ke-53 dan 58 menghadiahkan kemenangan buat MBSA FC.

Tiga mata tersebut meletakkan MBSA FC di tangga kedua dengan 12 mata sekaligus semakin mencerahkan peluang mereka untuk beraksi di pentas suku akhir.

Manakala Subang Protap II pula sudah terkeluar daripada persaingan ke kalah mati walaupun masih berbaki dua perlawanan apabila sekadar mencatatkan satu keputusan seri dan empat kekalahan.

Pemain terbaik perlawanan: Ahmad Hafiz Abdul Aziz (MBSA FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN