SCL2019: Kuala Selangor Batu Dua FC Muncul Juara

Kuala Selangor Batu Dua FC

Perlawanan akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) dicemari kontroversi selepas pasukan Kingstown Klang FC enggan meneruskan perlawanan pada minit ke-63 berikutan kad merah kedua yang diterima pemain pasukan tersebut.

Kingstown Klang FC yang ketinggalan 0-4 terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan terhadap pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman.

Keadaan itu nyata membuatkan kem Kingstown Klang FC berang dengan keputusan yang diambil pengadil tersebut.

Perlawanan bersambung menyaksikan Kuala Selangor Batu Dua FC meneruskan asakan ke kubu lawan dalam usaha menggandakan kedudukan.

Beraksi dalam keadaan emosi tidak stabil, pemain Kingstown Klang FC mengamalkan corak permainan keras dan memaksa pengadil melayangkan kad merah kedua. Kali ini giliran Muhamad Noor Hassan pula menerima nasib yang sama seperti Manaf Mamat pada minit ke-63.

Bagaikan gunung berapi yang meletus, segelintir pemain serta barisan kejurulatihan bertindak cuba untuk menyerang pengadil perlawanan dan kemudiannya memilih untuk tidak meneruskan perlawanan.

Ia sekaligus memberikan kemenangan 4-0 buat Kuala Selangor Batu Dua FC berdasarkan peraturan pertandingan yang termaktub, di mana sekiranya perlawanan gagal untuk ditamatkan, keputusan selepas minit ke-50 akan diambil kira.

Sebelum itu, emosi para pemain Kingstown Klang FC sudah pun ‘direntap’ pada babak pertama selepas pengadil menghadiahkan dua sepakan penalti buat Kuala Selangor Batu Dua FC yang berjaya disudahkan oleh Jacque Faye dan Chukwu Nnabuike Chijoke.

Dua lagi jaringan Kuala Selangor Batu Dua FC disumbangkan oleh pemain terbaik perlawanan akhir, Terence Marieselvam masing-masing satu gol pada setiap separuh masa.

Dengan kemenangan ini, Kuala Selangor Batu Dua FC muncul juara bagi merangkul hadiah wang tunai bernilai RM 14,000 berserta set jersi tajaan Kaki Jersi dan piala pusingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN