SCL2019: Kuala Selangor Batu Dua FC Terlalu Gah Buat NPNG FC Damansara Damai

Kuala Selangor Batu Dua FC

Kuala Selangor Batu Dua FC berjaya menempah tempat ke separuh akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas mencatatkan kemenangan bergaya keatas NPNG FC Damansara Damai 4-0 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.

Kelibat dua pemain import Kuala Selangor Batu Dua FC, Chukwu Nnabuike Chijoke dan Jacque Faye yang memiliki kemahiran individu nyata menjadi masalah buat NPNG FC Damansara Damai.

Chukwu Nnabuike membuka tirai jaringan pada minit ke-18 apabila beliau menyudahkan peluang hasil lorongan daripada P. Saran yang menewaskan penjaga gol NPNG FC Damansara Damai, Hafiz Arbaen.

Belum pun sempat skuad bimbingan Micheal Palani itu memperkemaskan aksi, Kuala Selangor Batu Dua FC menambah jaringan kedua hanya seminit kemudian menerusi Sharveswaren.

NPNG FC Damansara Damai turut memiliki beberapa peluang terbaik tetapi penyudah tumpul mengecewakan pasukan tersebut.

Jacque Faye melebarkan kedudukan buat Kuala Selangor Batu Dua FC hasil jaringan dilakukannya pada minit ke-64 sebelum menoktahkan perjuangan NPNG FC Damansara Damai berselang tiga minit kemudian.

Dengan kemenangan ini, Kuala Selangor Batu Dua FC akan menanti pemenang di antara MBSA FC dan SA PIB FC di separuh akhir pada minggu hadapan.

Pemain terbaik perlawanan: Jacque Faye (Kuala Selangor Batu Dua FC)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN