Kuala Selangor Batu Dua FC melepaskan peluang untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas diikat Bangi Jang’s Trooper 2-2 pada aksi minggu keenam saingan kumpulan A yang berlangsung di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.
Lebih mengecewakan buat Kuala Selangor Batu Dua FC apabila kelebihan dua jaringan yang dimiliki berjaya dipadamkan oleh Bangi Jang’s Trooper pada separuh masa kedua.
Menurunkan dua pemain import, Chukwu Nnabuike Chijoke dan Jacque Faye pada perlawanan ini, Kuala Selangor Batu Dua FC tampak begitu menyerlah pada aksi 35 minit pertama.
GOAL! B2FC opens the scoring!
A brilliant incisive through pass by Terrence finds Chukwu Nnabuike, who was just able to drag his low shot into the far post!#JANGvsB2FC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/dZvlJjBbpv
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Chukwu Nnabuike hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-16 tetapi percubaannya dinafikan dengan baik penjaga gol Bangi Jang’s Trooper, Zailan Ikmar.
Kehampaan itu berjaya ditebus berselang seminit kemudian apabila lorongan cantik Terrence disudahkan dengan baik Nnabuike untuk memisahkan kedua-dua pasukan.
Penyerang kelahiran Niger itu menambah jaringan kedua di masa kecederaan selepas merembat padu bola hasil hantaran dilakukan Shangerlingam untuk sekali lagi mengecewakan Zailan Ikmar.
GOAL! No. 2 for B2FC!
Chukwu Nnabuike is at it again. This time, with a brilliant finish from the other side after a searing low strike!#JANGvsB2FC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/FqdxJhGC5o
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Babak kedua memberikan kisah berbeza buat Kuala Selangor Batu Dua FC apabila beberapa peluang keemasan yang menjelma gagal disudahkan dengan baik barisan hadapan terutamanya Nnabuike Chijoke.
Bangi Jang’s Trooper yang turun tanpa lima tonggak utama tidak menjadikan itu sebagai alasan dan pantas mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua.
Ia dibuktikan apabila Ku Ahmad Fitri merapatkan defisit jaringan pada minit ke-38 selepas menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Kuala Selangor Batu Dua FC dilakukan Mohd Fathi.
GOAL! Jang’s get one back!
An excellent run into the final third by Mohd Fathi allows him to lay the ball off for Ku Ahmad Fitri for an easy tap-in!#JANGvsB2FC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/6pHDA3zWs9
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Ketika pemain Kuala Selangor Batu Dua FC melepaskan beberapa peluang terhidang, Ibrahim Suhaib menceriakan kem Bangi Jang’s Trooper setelah percubaan menggunakan hujung kaki dilepaskannya di minit ke-59 kembali mengikat kedudukan.
Keputusan 2-2 itu kekal hingga tamat permainan bagi meletakkan Kuala Selangor Batu Dua FC kini berada di tangga keempat dengan 11 mata.
GOAL! Jang’s equalizer!
B2FC defence caught asleep as a long free-kick allowed Ibrahim Suhaib to score with grace!#JANGvsB2FC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/YBufsLONjm
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Kelab dari Kuala Selangor itu pastinya mengharapkan Cyberjaya Teleflow FC dan Gombak RRM FC Unlimited mencatatkan keputusan seri pada aksi yang berlangsung petang esok bagi memastikan tempat buat mereka ke suku akhir.