SCL2019: Gombak RRM FC Unlimited Cipta Kemenangan Sulung

Gombak RRM FC Unlimited

Gombak RRM FC Unlimited meraih kemenangan sulung dalam saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menundukkan SA AZE FC 2-0 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Kelab yang berpangkalan di Gombak itu tidak menunggu lama bagi membuka tirai jaringan apabila Muhammad Rafsham Iqmal menanduk masuk bola berpunca sepakan sudut diambil Muhammad Amin Asraf Yaacob.

Aksi pada separuh masa pertama memperlihatkan dominasi daripada Gombak RRM FC dan Muhammad Nur Affandi jelas menjadi duri dalam daging buat SA AZE FC.

Dalam pada itu, kedua-dua penjaga gol iaitu Mohamad Firdaus Yusof  [Gombak RRM FC Unlimited] dan Mohd Syahidan Mohamad juga mencuri tumpuan dengan aksi tangkas dipamerkan dalam usaha menafikan asakan yang diterima..

Selepas daripada jaringan pertama Gombak RRM FC itu, serangan demi serangan yang dilancarkan seringkali dinafikan kedua-dua penjaga gol tersebut.

Keadaan itu bagaimanapun berubah pada minit ke-68 apabila Rameshjit Singh menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan percubaan susulan hasil sepakan penalti Nur Affandi yang ditepis Syahidan.

Jaringan itu dibantah oleh para pemain SA AZE FC tetapi pengadil perlawanan tetap dengan keputusan dengan mengesahkan gol daripada Ramshjit itu untuk perlawanan berkesudahan 2-0 buat kelab Gombak tersebut.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Nur Affandi (Gombak RRM FC Unlimited)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN