MBSA FC mengesahkan tempat ke suku akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menundukkan SA Klasiko FC 3-1 pada aksi minggu keenam saingan kumpulan B yang berlangsung di Arena MPSJ, Subang Jaya sebentar tadi.
Ahmad Hafiz Abdul Aziz terus mempamerkan bisa penyudah dimiliki apabila meledakkan dua jaringan yang sekaligus menghadiahkan kemenangan kelima buat MBSA FC.
Aksi pada babak pertama bagaimanapun menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta jaringan walaupun berusaha keras menjelmakan serangan ke kubu lawan masing-masing.
GOAL! MBSA leads!
Firdaus Haron with a powerful free-kick that Hafizi Hamdan couldn’t keep out!#KLAvsMBSA#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/wjwvxc0RQ7
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Jaringan pembukaan hadir pada minit ke-43 selepas Firdaus Haron menyempurnakan sepakan percuma cantik yang gagal dihalang penjaga gol SA Klasiko FC, Hafizi Hamdan.
Kelebihan itu hanya bertahan selama tujuh minit apabila pertahanan MBSA FC, Ainol Yazied tertampan bola ke gawang sendiri dalam usahanya untuk menyelamatkan keadaan hasil hantaran lintang dilakukan Azmir Samsudin.
GOAL! Klasiko equalizer!
A low cross was accidentally sliced by an MBSA defender into his own net as he was just trying to clear!#KLAvsMBSA#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/3XVfBLtMWI
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
MBSA FC yang sering mencatatkan kemenangan menerusi jaringan lewat permainan, meneruskan rentak bergaya itu setelah Ahmad Hafiz mencipta gol kedua pada minit ke-64.
Ahmad Hafiz menggunakan kesempatan berikutan kegagalan pemain Klasiko FC mengawal bola dengan baik dan tanpa sebarang masalah buatnya untuk menyudahkan peluang tersebut.
GOAL! MBSA back ahead!
Klasiko’s defence caught out of position and the headed clearance fell from way out to Ahmad Hafiz who makes no mistake!#KLAvsMBSA#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/fADzmuntBY
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Dua minit kemudian, Ahmad Hafiz menoktahkan perjuangan SA Klasiko FC untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri setelah rembatan melencong dilakukannya sekali lagi menewaskan Hafizi Hamdan untuk kemenangan 3-1 buat MBSA FC.
Dengan kemenangan tersebut, MBSA FC kini di tangga teratas saingan kumpulan B dengan 15 mata. MPKj FC bagaimanapun akan kembali merampas kedudukan itu sekiranya mereka berjaya menumpaskan NPNG FC Damansara Damai, petang esok.
GOAL! Surely game over!
Ahmad Hafiz again and this time with a wicked curler that surely wraps up the three points for MBSA!#KLAvsMBSA#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/uM79WL0OIC
— Football Selangor (@FootballSEL) November 9, 2019
Pemain terbaik perlawanan: Ahmad Hafiz Abdul Aziz (MBSA FC)