Bukit Kapar FC mempamerkan semangat juang tinggi selepas bangkit dua kali dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Subang Protap II FC dalam saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019), sebentar tadi.
Penyokong yang hadir ke Arena MPSJ, Subang Jaya pada malam ini disajikan dengan corak permainan menarik oleh kedua-dua pasukan dan semestinya dengan lima jaringan yang terhasil.
Subang Protap II FC bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit kelima apabila pemain muda, Muhammad Lokman Hakim melepaskan rembatan padu dalam kawasan penalti yang menewaskan Muhammad Syafiq Aladin.
5′ GOAL! 1-0 to PROTAP!
Lokman Hakim scores to help PROTAP take the lead!#PROvsBKFC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/w0KBpW6g9e
— Football Selangor (@FootballSEL) October 19, 2019
Kelebihan jaringan itu dipadamkan berselang 12 minit kemudian selepas Mohamad Firdaus Musa menyudahkan peluang hasil lorongan daripada Rafiuddin Ramly.
Susulan kekasaran pertahanan Bukit Kapar FC dalam kawasan penalti, Subang Protap II FC dihadiahkan sepakan penalti yang kemudiannya disudahkan dengan tenang oleh Omar Hitimana pada minit ke-26.
GOAL! Bukit Kapar equalizer!
Rafiuddin Ramly able to lay the ball off for Firdaus Musa by the near post and he makes no mistake!#PROvsBKFC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/3dLVco5tdr
— Football Selangor (@FootballSEL) October 19, 2019
GOAL! Protap leads again!
Debutant Omar Hitimana hits the penalty into the top corner!#PROvsBKFC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/R9vSHzd5Ig
— Football Selangor (@FootballSEL) October 19, 2019
Memasuki babak kedua, Firdaus kembali menyamakan kedudukan dengan ledakan dari jarak dekat yang gagal dihalang penjaga gol Subang Protap II FC, Mohd Noor Azrin Adnan pada minit ke-42.
Bagaikan mendapat tonik berguna susulan jaringan tersebut, Bukit Kapar FC semakin menggandakan asakan dalam memburu jaringan pendahuluan buat pertama kali pada perlawanan ini.
GOAL! Bukit Kapar equalized again!
Firdaus Musa from the tightest of angles to bury his shot!#PROvsBKFC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/zguJUFVHBT
— Football Selangor (@FootballSEL) October 19, 2019
Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-56 apabila pertahanan Subang Protap II FC, Ahmad Azrul Azrie tertolak bola ke gawang sendiri dalam cubaannya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Perlawanan bertambah rancak dengan Bukit Kapar FC dan Subang Protap FC terus menghadirkan ancaman ke kubu lawan masing-masing.
GOAL! Bukit Kapar leads for the first time!
A calamitous own goal by Ahmad Azrul Azrie as he sliced a corner into his own far post!#PROvsBKFC#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/6PisgBp3Rn
— Football Selangor (@FootballSEL) October 19, 2019
Namun, penjaga gol kedua-dua pasukan kental bertahan menyelamatkan keadaan untuk perlawanan berkesudahan 3-2 memihak Bukit Kapar FC.
Pemain terbaik perlawanan: Mohamad Firdaus Musa (Bukit Kapar FC)