Satu mata dikongsi Belia Selangor dan SLB UP FC pada aksi minggu ketiga saingan kumpulan B Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Arena MPSJ, sebentar tadi.
Belia Selangor yang lebih mendominasi permainan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila melepaskan beberapa peluang terbaik yang terhidang.
Peluang terbaik dimiliki barisan pemain muda tersebut adalah susulan kesilapan penjaga gol SLB UP FC, Muhammad Arzran Joha yang gagal menendang dengan baik hantaran daripada rakan sepasukannya.
Bagaimanapun, Adam Farhan yang hanya berhadapan dengan Arzran tidak berupaya untuk menewaskan penjaga gol tersebut pada minit ke-52.
Larian pantas Pravin Kumar yang meninggalkan pertahanan SLB UP FC pada minit ke-66 juga tidak berjaya disempurnakan dengan baik anak buah Noor Zaidi Rohmat itu.
Pemain terbaik perlawanan: Khairul Faizzuhri (SLB UP FC)