SCL2018: Satu Mata Dikongsi Gombak FC Dan ABMK Selepas Terikat 1-1

Gombak FC

Gombak FC dan Akademi Bolasepak Merah Kuning (ABMK) terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 pada perlawanan Selangor Champions League 2018 yang berlangsung sebentar tadi.

ABMK terlebih dahulu mengancam kubu Gombak FC seawal minit ketiga selepas Mohd Shah Razmi Jasmi yang menerima hantaran jauh cantik, melepaskan rembatan yang berjaya dinafikan penjaga gol, Shahrul Iman Ahmad Shukri.

Di sebalik serangan yang dilancarkan, Gombak FC mengejutkan skuad yang dibimbing Asmawi Bakiri itu selepas Muhammad Nurullah Hakim Ramli dikasari dalam kotak penalti untuk dihadiahkan sepakan penalti.

Muhammad Iqbal Khairul Anuar yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang untuk jaringan pertama buat Gombak FC pada minit ke-13.

Aksi sedikit tegang selepas beberapa siri terjahan keras yang dilakukan pemain kedua-dua pasukan. Mujur tiada sebarang insiden yang lebih serius terjadi.

Memasuki babak kedua, ABMK memperkemaskan aksi bagi mencari jaringan yang diharapkan.

Jaringan yang dinantikan ABMK menjelma di minit ke-50 selepas hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Gombak FC yang dilakukan Muhammad Azery Zainal Abidin berjaya disudahkan oleh Muhammad Aidil Abd Aziz. Untuk pengetahuan anda, Aidil Aziz juga adalah merupakan seorang pelakon.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan pantas untuk menghasilkan jaringan kemenangan.

Namun, usaha mereka masih gagal menemui sentuhan jaringan walaupun ABMK mempunyai peluang keemasan pada minit akhir permainan yang dihalang Shahrul Iman pada minit akhir permainan.

Keputusan terikat 1-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk Gombak FC dan ABMK berpuas hati dengan satu mata pada perlawanan ini.

Pemain terbaik perlawanan: Shahrul Iman Ahmad Shukri (Gombak FC)

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN