SCL2018: Hatrik Phillip Abbah Bantu Kajang AZS Tewaskan Cheras Raptors Untuk Ke Suku Akhir

Kajang AZS

Hatrik yang dicipta Phillip Abbah Eugine membantu Kajang AZS menewaskan Cheras Raptors 3-2 pada perlawanan yang berlangsung di Arena MPSJ, malam tadi.

Perlawanan terakhir di peringkat kumpulan ini merupakan pertembungan hidup mati buat kedua-dua pasukan yang mengintai peluang ke saingan suku akhir.

Kajang AZS lebih menguasai aksi di separuh masa pertama dengan tumpuan semestinya diberikan terhadap Phillip Abbah Eugine dan Addurazzag Alkanouni bagi menembusi gawang Cheras Raptors yang dikawal Afiff Aizad Azman.

Phillip Abbah membuka tirai jaringan pada minit ke-21 selepas penyerang tinggi lampai itu menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan selepas bola didakwa terkena tangan pertahanan Cheras Raptors.

Phillip hampir menambah jaringan kedua selepas ledakan hasil larian solonya ke dalam kawasan penalti berjaya ditepis dengan baik oleh Afiff Aizad berselang enam minit kemudian.

Cheras Raptors juga terlepas peluang terbaik apabila Khairul Anuar Hashim yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Kajang AZS, Faiz Ismail melepaskan rembatan lemah yang seterusnya ditangkap kemas Faiz.

Usaha Cheras Raptors bagi kembali menyamakan kedudukan akhirnya menemui hasil apabila Amares Singh menjadikan kedudukan 1-1, juga menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak pertama.

Perlawanan bersambung menyaksikan Kajang AZS terus memberikan asakan ke kubu Cheras Raptors dan Phillip Abbah sekali lagi hampir menggandakan kedudukan.

Beliau yang sudah berjaya menggelecek penjaga gol, melakukan tolakan ke arah gawang Cheras Raptors yang sudah terbuka, namun Aiman Sirajuddin pantas bagi menghalang percubaan pada minit ke-42 bagi menyelamatkan keadaan.

Terlepas peluang keemasan tidak melemahkan Phillip Abbah yang menebus kesilapan tersebut pada minit ke-50.

Beliau yang menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Cheras Raptors yang dilakukan Khairul Nizam Baharudin, dengan tenang menolak masuk bola bagi menewaskan Afiff Aizad buat kali kedua.

Tersentak dengan jaringan itu, Cheras Raptors memperkemaskan corak permainan dan menjadikan kedudukan 2-2 menerusi sepakan penjuru.

Berpunca dari sepakan penjuru yang diambil Irfan Ghani, Azim Hakimi Johar menyempurnakan peluang untuk kembali mengikat kedudukan, lima minit selepas jaringan yang dihasilkan Phillip.

Phillip Abbah membuktikan mengapa beliau layak diberikan perhatian pada perlawanan ini selepas berjaya melengkapkan hatrik pada minit ke-58 yang sekaligus menghadiahkan kemenangan 3-2 buat Kajang AZS.

Tujuh gol dari dua perlawanan sudah cukup untuk membuktikan bisa penyudah yang dimilikinya.

Kemenangan ini mengesahkan kemaraan buat wakil dari Kajang tersebut bagi mengiringi NPNG FC Damansara Damai, KRU Port Klang dan Axis-O2 Port Klang FC dari kumpulan B untuk ke saingan kalah mati.

Pemain terbaik perlawanan: Phillip Abbah Eugine (Kajang AZS)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN