SCL2018: Gol Tunggal Huzaini Ikhram Bantu KRU Port Klang Tumbangkan Juara Bertahan

Gol Huzaini Ikhram dan keteguhan barisan pertahanan KRU Port Klang FC menjadi faktor penting yang membolehkan mereka berjaya menewaskan juara bertahan, Axis O2 PJ FC dalam aksi suku akhir Selangor Champions League 2018 di Stadium MPSJ malam tadi.

Dominasi Axis O2 jelas kelihatan sejak awal. Mendapat suntikan semangat dengan kehadiran beberapa pemain yang sebelum ini tidak dapat diturunkan seperti Farhan Khairul Anuar, Adli Zulgafli dan Ridwan Zainal, Axis O2 menekan kubu pertahanan KRU berkali-kali. Bagaimanapun ketidaktajaman hantaran akhir mereka mengecewakan usaha serangan mereka.

Hanya percubaan Ridwan Zainal pada minit ke-2 yang betul-betul menguji kecekapan penjaga gol KRU, Sulaiman Ramlan.

KRU juga mempunyai beberapa peluang serangan yang mencemaskan Axis O2. Dibantu oleh kelajuan penyerang tunggal, Huzaini Ikhram dan pemain sayap, Aniq Kamal, konsentrasi Shahizan Ismail dan rakan pertahanan tengahnya, Lucky Ogu diuji sebanyak 2 kali dalam separuh masa pertama.

Tetapi secara keseluruhannya Axis O2 masih pasukan yang paling dominan.

8 minit sebelum rehat separuh masa pertama, aspirasi KRU untuk melangkah ke separuh akhir terlanggar dinding pertama apabila pertahanan tengah mereka, Khairi Khandani diperintah keluar padang selepas mengasari Ridwan Zainal.

Kad merah Khairi itu nampak terlalu tegas memandangkan ia nampak lebih sebagai kesalahan kad kuning. Pujian harus diberikan oleh pemain, pengurusan dan penyokong KRU yang tidak melatah dengan keputusan pengadil tersebut. Sebaliknya mereka fokus dengan baki aksi perlawanan.

KRU mendapat peluang bahaya pertama mereka 5 minit selepas insiden kad merah Khairi. Larian kencang Huzaini berjaya menewaskan Lucky Ogu sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan Nor Azrin. Bagaimanapun malang buat Huzaini dan KRU, rembatan tersebut hanya beberapa inci terkeluar dari pintu gol lawan mereka.

Axis O2 semakin berselera menyerang sebaik sahaja separuh masa kedua bermula. Pada minit 50′, Adli Zulgafli mempunyai peluang 1v1 untuk menjaringkan gol pembukaan. Bagaimanapun percubaan beliau dinafikan dengan cemerlang oleh tindakan pantas Sulaiman Ramlan.

Bermain dengan 10 orang, KRU tiada pilihan lain selain bertahan pada majoriti separuh masa kedua sebelum menyerang balas. Pada minit 54′, Rosedy Muslim mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan apabila hantaran Suhaili Abdul Rahman menemui penyerang veteran tersebut. Tetapi percubaan Rosedy melayang tinggi.

Penyerang KRU Port Klang, Rosedy Muslim dikawal ketat oleh dua pertahanan Axis O2 PJ dalam aksi suku akhir Selangor Champions League 2018 di Stadium MPSJ. (Foto: Rushdi Salleh / asiana.my)

KRU akhirnya berjaya juga menjaringkan gol apabila pada minit 63′ Huzaini Ikhram berjaya melepasi perangkap ofsaid Axis O2 sebelum meledak penyudah tenang menewaskan penjaga gol lawan, Nor Azrin.

Meskipun bermain dengan 10 orang dan diasak bertubi-tubi oleh Axis O2, KRU masih mampu mencipta 2 lagi peluang gol jelas selepas gol pertama tadi. Tetapi pnyudah tumpul Rosedy Muslim pada minit 76′ dan Suhaili Abdul Rahman 5 minit kemudian menggagalkan usaha KRU untuk menambah gol.

Kehilangan Desmond Amadi dari kesebelasan utama Axis O2 jelas memberi impak kepada ketajaman serangan juara bertahan itu. Meskipun dominan dan mencipta banyak peluang, jentera pertahanan KRU kental bertahan untuk mara ke separuh akhir.

Pemain terbaik perlawanan: Shafiq Izat (KRU Port Klang)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN