SCL2018: CABJ Raih Kemenangan Sulung, Gombak Hypernova FT Terus Kecewa

CABJ

Club Atletico De Bukit Jelutong (CABJ) akhirnya meraih kemenangan sulung dalam saingan kumpulan B apabila berjaya menundukkan Gombak Hypernova FT 4-3 di Arena MPSJ, malam tadi.

Walaupun pertembungan ini melibatkan dua pasukan di tangga terbawah, aksi yang ditampilkan kedua-dua pasukan begitu menghiburkan berikutan tujuh jaringan yang terhasil.

Olatunde Kudus membuka tirai jaringan buat CABJ seawal minit ke-5 selepas pemain kelahiran Nigeria itu menolak masuk bola hasil hantaran lintang dari sebelah kanan pintu Gombak Hypernova FT.

CABJ hampir menggandakan kedudukan berselang sepuluh minit kemudian apabila Ahmed Khamis Barakat yang tidak dikawal pertahanan melakukan percubaan yang tersasar.

Ketika perlawanan menghampiri penghujung babak pertama, Nik Mohd Syukri Nik Wil terlepas peluang menyamakan kedudukan setelah cubaan menggunakan hujung kaki dilakukannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol CABJ.

CABJ menjadikan kedudukan 2-0 pada minit akhir babak pertama hasil hantaran ‘through pass’ daripada Muhamad Sharul Nizam Zainal disempurnakan dengan rembatan rendah oleh Muhammad Farhan Jasmin membolosi gawang Gombak Hypernova FT.

Memasuki babak kedua, Gombak Hypernova merapatkan kembali kedudukan menerusi sepakan penalti yang disudahkan dengan baik Nik Mohd Syukri.

Namun, kegembiraan Hypernova hanya bertahan seminit sahaja selepas Farhan Jasmi sekali lagi mencipta jaringan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Eddy Chandra Montir yang juga merupakan pemain futsal Felda United dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan musim ini menghasilkan gol kedua buat Gombak Hypernova FT di minit ke-51.

Berpunca dari larian deras Muhammad Shahail Nizam Mazlan di sebelah kiri pintu gol CABJ, beliau melakukan hantaran silang rendah kepada Eddy Chandra untuk menyudahkan peluang terhidang dengan tenang.

Kealpaan jentera pertahanan Gombak Hypernova FT sekali lagi dihukum seminit selepas jaringan kedua mereka apabila Shahrul Nizam yang mendapat hantaran dari Muhammad Ruffie Abdul Aziz, tanpa disangka-sangka melakukan tampanan masuk untuk kedudukan 4-2.

Hypernova yang masih belum meraih sebarang kemenangan tidak berputus asa dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-69 menerusi Nik Mohd Syukri.

Namun, jaringan kedua peribadi daripada Nik Syukri itu tidak cukup untuk mengelakkan kekalahan kelima buat mereka selepas mengharungi enam perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan: Muhammad Ruffie Abdul Aziz (CABJ)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN