Jaringan pada masa permainan sekali lagi membantu MBSA FC selepas berjaya menewaskan Belia Selangor 1-0 pada aksi Selangor Champions League 2019 yang berlangsung di Arena MPSJ, malam tadi.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu itu terpaksa ditunda kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan aksi tersebut diteruskan.
Sekiranya aksi pada minggu ketiga skuad bimbingan Zainal Nordin memerlukan masa kecederaan untuk mencipta jaringan kemenangan menerusi Ahmad Hafiz Abdul Aziz, aksi malam tadi juga menyaksikan skrip yang sama tetapi dengan jalan cerita yang sedikit berbeza.
DISASTER FOR BELIA @FASelangorMy AS THE CLOCK HEADS TO FULL TIME!
At the last minute, Belia Selangor scored a comedic own goal! It’s 1-0 to MBSA FC!#BELSELvsMBSA#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/xozs68Nzvt
— Football Selangor (@FootballSEL) October 23, 2019
Hal ini kerana gol kemenangan buat MBSA FC berpunca daripada jaringan sendiri pemain pertahanan Belia Selangor, Haikal Musyrif akibat tolakan ke belakang sekaligus mengelirukan penjaga gol yang sudah pun sedikit keluar dari posisinya.
Dengan kemenangan ketiga yang dilakar, MBSA FC kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan.
Sementara itu, Belia Selangor pula di tangga keenam dengan satu kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan bagi mengumpul empat mata.
Pemain terbaik perlawanan: Amierul Syafiq (MBSA FC)