SCL 2019: Gombak RRM FC & SA PIB FC Terikat 1-1

Gombak RRM FC

Gombak RRM FC Unlimited dan SA PIB FC berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi minggu pertama kumpulan A Selangor Champions League (SCL) 2019 yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

SA PIB FC yang merupakan naib juara saingan edisi 2017 memperagakan corak permainan lebih meyakinkan berbanding Gombak RRM FC Unlimited sejak dari awal permainan.

Namun, penguasaan tersebut bukanlah jaminan buat pasukan dari Shah Alam itu untuk mencipta jaringan apabila gerakan yang dicipta seringkali dipatahkan dengan mudah pertahanan RRM FC Unlimited.

RRM FC Unlimited terlebih dahulu mendapat peluang terbaik pada minit keenam bagi membuka tirai jaringan, tetapi tandukan pemain berpengalaman, Muhammad Zamri Hassan ketika situasi sepakan sudut berjaya ditepis keluar penjaga gol PIB FC, Izzat Abd Rahim.

Selepas itu, PIB FC mula memperlihatkan penguasaan secara total dengan usaha bertali-arus bagi merobek gawang Gombak RRM FC Unlimited yang dikawal Mohamad Firdaus Yusof.

Dua serangan dalam tempoh tiga minit yang diperolehi PIB FC juga hanya berakhir dengan percubaan melewati palang gol.

Kelalaian pertahanan SA PIB FC memakan diri pada minit ke-43 selepas tolakan lemah ke belakang yang dilakukan berjaya disambar Muhammad Nur Affandi.

Nur Affandi yang meluru pantas ke hadapan pintu gol PIB FC tidak melepaskan peluang tersebut untuk menewaskan Izzat sekaligus menghadiahkan gol pendahuluan buat Gombak RRM FC Unlimited.

Enggan menamatkan perlawanan tanpa sebarang mata, PIB FC menggandakan asakan dalam usaha kembali mengikat kedudukan dan ia membuahkan hasil pada minit ke-62.

Jaringan penyamaan itu terhasil berpunca daripada hantaran lintang Muszaki Ab Bakar yang disudahkan dengan baik pemain import, Mamadou Berete.

Meskipun PIB FC terus bersemangat memburu jaringan, keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Pemain terbaik perlawanan: Shahrul Amin Nasharuddin (SA PIB FC)

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN