Scholes: Bruno Fernandes Kembalikan Roh Manchester United

Bruno Fernandes

Sejak kehadiran Bruno Fernandes ke Manchester United, beliau telah memberikan impak positif kepada pasukan tersebut terutamanya di bahagian tengah.

Dan bagi bekas maestro di bahagian tengah pasukan itu iaitu Paul Scholes, ianya merupakan satu nikmat buat Manchester United.

Menurut laman Goal, Scholes mengatakan kehadiran Fernandes telah memberikan apa yang hilang dan dirindukan oleh Manchester United sejak kebelakangan ini.

“Beliau boleh berikan bola kepada pemain, boleh juga melakukan rembatan dengan baik dan beliau juga seperti seorang ketua yang baik.”

“Itulah yang tidak dimiliki oleh Manchester United terutamanya di bahagian tengah, tetapi sejak beliau tiba di Old Trafford ianya telah berikan impak yang cukup positif.”

Sejak kehadiran Bruno Fernandes ke Manchester United, beliau telah memberikan impak positif kepada pasukan tersebut terutamanya di bahagian tengah.

Namun begitu, Scholes mengatakan masih lagi banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh Manchester United selepas ini.

“Mereka masih lagi di belakang, tetapi Manchester United telah membeli pemain yang mampu menyatukan kesemuanya.”

“Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti tetapi tidak ada pemain yang mampu memberikan perbezaan. Seperti Manchester City yang ada Kevin De Bruyne atau David Silva yang mampu melicinkan pergerakan serangan pasukan.”

Bagi Scholes, Liverpool dan Manchester City masih lagi jauh dihadapan Manchester United ketika ini.

Untuk rekod, Fernandes telah merakamkan 3 gol dan 4 bantuan gol dalam sembilan perlawanan.

Baca juga artikel mengenai Bruno Fernandes:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN