Scholes Anggap Lindelof Sebagai Punca Kekalahan Manchester United

Bekas pemain tengah England, Paul Scholes tidak puas hati dengan prestasi Victor Lindelof dan menganggapnya sebagai punca kekalahan mengejut Manchester United 2-3 kepada Brighton dengan menyifatkan pemain pertahanan itu terlalu “lembab”.

Menurut laporan daripada Metro UK, pelbagai pendebatan hangat berlaku di media sosial dalam kalangan peminat Manchester United yang mengkritik persembahan hambar di Old Trafford itu.

Pertahanan Sweden itu paling teruk dikecam kerana dilihat lalai sewaktu jaringan pembukaan Glenn Murray pada minit ke-25 sebelum terpaku tanpa memberi asakan dalam situasi sepakan sudut yang membawa kepada jaringan kedua Shane Duffy selang dua minit kemudian.

Romelu Lukaku merapatkan semula kedudukan pada minit ke-34, namun penyudah penalti Pascal Gross kembali menjarakkan keputusan menjadi 3-1 sebelum rehat separuh masa selepas kekasaran dilakukan Eric Bailly ke atas pemain Jerman itu.

Scholes tidak menunggu lama untuk mengecam persembahan buruk pertahanan United dengan kritikan itu lebih ditujukan kepada Lindelof.

“Saya fikir ia adalah reaksi yang lemah daripada Lindelof,” katanya berhubung jaringan pembukaan Murray.

“Sebaik bola hantaran lintang itu menuju ke depan kawasan gawang dia sepatutnya memotongnya dan menutup ruang yang kosong itu.

“Sebaliknya dia pergi ke tepi untuk menerima bola, lihat betapa perlahannya dia kembali turun. Malah dia masih boleh memikirkan untuk cuba melakukan perangkap ofsaid dalam situasi itu, yang mana gila.”

Namun, penyokong lebih gemar menunding jari terhadap prestasi keseluruhan empat pertahanan United dengan ramai yang mencemuh Bailly, tatkala Vindelof turut tidak terlepas.

Seorang penyokong berkata: “Persembahan Bailly yang paling teruk pernah dipamerkannya. Tidak sangka dia boleh beraksi seteruk itu.”

Seorang lagi mendakwa: “Lindelof seperti memakai selipar. Saya fikir saya amat meluat dengan permainannya.”

Seorang lagi penyokong memuat naik tweet: “Bagaimanakah Lindelof boleh bertindak seperti bos dibarisan pertahanan Sweden tetapi seperti badut untuk United?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN