Scaloni: ‘Pemain Terbaik Dunia, Messi Rehat, No.10 Pun Rehat’

Pegurus interim Argentina, Lionel Scaloni menyatakan yang beliau sengaja tidak memberikan mana-mana pemain no.10 dalam minggu antarabangsa kali ini.

Ini kerana, nombor itu hanya untuk Lionel Messi dan kem Argentina masih menunggu kapten mereka itu kembali semula ke pasukan mereka.

Media mulai mempersoalkan sama ada Lionel Messi mungkin akan bersara sekali lagi. Ini selepas pemain itu menyatakan dia mahu berehat sebentar daripada aksi antarabangsa.

Argentina berhadapan Guatemala dan Colombia dalam aksi persahabatan.

Lionel Messi masih lagi dalam proses mempertimbangkan karier antarabangsanya selepas tersingkir daripada Piala Dunia 2018.

Scaloni berkata:

“Hanya ada satu jawapan kepada persoalan jersi nombor 10 itu, semua pemain yang bermain pada Piala Dunia lalu akan kekal dengan nombor mereka.”

“Buat masa ini, nombor 10 itu milik Messi dan ianya hanya akan digunakan pemain lain jika beliau sendiri menyatakan dia menyerahkan jersi itu.”

“Kami masih membuka pintuk kepada Messi untuk kembali dan saya memutuskan agar nombor itu disimpan untuk dia.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 26: Lionel Messi of Argentina celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Argentina at Saint Petersburg Stadium on June 26, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Scaloni juga menyatakan bahawa nombor 10 adalah hak ekslusif untuk Lionel Messi buat masa ini. Ia adalah imej kepada kapten mereka yang dianggap pemain terbaik di dunia.

Beliau mengakui pasukan Argentina merasai kehilangan Lionel Messi di dalam pasukannya.

Namun beliau berjanji akan berusaha meyatukan kelompok pemain yang ada untuk membentuk pasukan yang lebih mantap dengan persefahaman di antara pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN