Walaupun ketiadaan Indonesia kali ini dalam Kumpulan B bagi Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Kemboja atas sebab pandemik Covid-19, pasukan negara tetap tidak boleh berasa selesa.
Jelas Brad Maloney selaku pengendali utama skuad bawah 23 tahun (B-23) itu dua pasukan yang lain masih mempunyai kekuatan tersendiri yang perlu diberi perhatian serta mengingati anak buahnya tiada laluan mudah setakat ini dalam peringkat kumpulan.
Walaupun begitu, pengendali berusia 51 tahun itu tak menolak untuk sedikit kecewa dengan menganggap ketiadaan Indonesia sebagai sayu kerugian, apatah lagi pasukan kendaliannya mahu berentap dengan seterus tradisi itu.
“Sayangnya Indonesia terpaksa menarik diri selepas mereka memiliki ramai pemain muda yang baik dan sebagai salah satu pasukan pilihan. Kita memang menantikan cabaran daripada mereka.
“Tetapi melihat lebih jauh daripada itu, ia (penarikan diri Indonesia) tidak menjadikan perkara lebih mudah kerana kita masih perlu menentang Laos dan Myanmar.
“Secara jujurnya, kita juga perlu berhati-hati dengan dua pasukan ini yang sudah pasti akan memberikan tentangan sengit kerana masing-masing memburu keputusan yang terbaik,” kata Maloney pada Berita Harian.
Sebelum itu, berita mengenai penarikan diri Indonesia dalam kejohanan ini mula menjadi perhatian ekoran tujuh pemain dan seorang pegawai mereka disahkan positif Covid-19.
Selain itu, empat lagi pemain mereka turut dikuarantin kerana menjadi kontak rapat serta ada masalah kecederaan yang membelenggu sekurangnya tiga lagi pemain skuad itu.
Dengan penarikan diri Indonesia, kini skuad kebangsaan hanya akan beraksi dalam dua perlawanan sahaja di Kumpulan B sekali gus menjadikan Malaysia selaku pilihan utama untuk bergelar juara kumpulan dan melangkah ke separuh akhir dalam kejohanan itu.
Setakat ini, pasukan kendalian Maloney dapat menjalani latihan pertama mereka dengan baik di Kemboja semalam ketika ditanya mengenai persiapan pasukan sebelum aksi pertama menjelang.
“Sesi latihan ini akan digunakan untuk menilai prestasi dan persembahan pemain dengan lebih sebelum membuat perancangan selanjutnya,” katanya.
Sehingga kini, Malaysia berjaya membawa semua barisan pemain terbaik mereka untuk dibawa berentap dalam saingan Piala AFF B-23 2022 ini dan mereka hanya terlepas seorang saja khidmat pemain iaitu Wan Kuzri Wan Kamal atas masalah tertentu.