“Saya Yakin Kemampuan Mereka” – CEO Melaka United Sasar Satu Piala Musim Ini

Pasukan pencabar Liga Super musim ini, Melaka United telah meletakkan sasaran untuk meraih sekurangnya satu piala dalam saingan domestik dan menduduki tempat ketiga terbaik dalam cabaran Liga Super.

Datuk Seri Justin Lim Hwa Tat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) berkata sasaran itu dilihat agak realistik berdasarkan keyakinan beliau terhadap barisan pemain yang dikendalikan oleh jurulatih baharu mereka, Risto Vidakovic.

“Saya yakin dengan kemampuan mereka yang dipilih oleh Vidakovic dan mereka adalah pemain profesional, pastinya dapat menyesuaikan diri dengan latihan walaupun terdapat kekangan masa.

“Dengan segala usaha yang dilakukan ini kita juga turut mengharapkan sokongan daripada para penyokong Melaka United untuk bersama merealisasikan hasrat ini,” katanya kepada pemberita menerusi Bernama pada hari semalam.

Sebelum itu, beliau mengiringi Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi menyempurnakan majlis pelancaran jersi baharu mereka untuk musim 2022 di Stadium Hang Jebat.

Dalam majlis tersebut, Melaka United telah melancarkan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport iaitu dengan mengekalkan warna tradisi pasukan, hijau gelap yang digabungkan warna hijau muda di bahagian lengan bagi jersi di halaman sendiri manakala jersi di tempat lawan menggunakan corak warna merah terang selain tiga jersi penjaga gol.

Pada masa sama, dalam majlis tersebut turut mengumumkan senarai pemain yang bakal membawa cabaran untuk Melaka United iaitu seramai 27 pemain telah berjaya didaftarkan kelab berkenaan membabitkan 16 pemain baharu serta 11 pemain musim lalu.

Selain itu, Melaka United juga berjaya mendapatkan tiga import baharu untuk terus mengukuhkan pasukan di segenap posisi termasuk bekas penyerang mereka pada musim 2018 Ifedayo Olusegun, pemain sayap dari Ghana Emmanuel Oti Essigba dan Pertahanan Kebangsaan Filipina Justin Baas.

Mereka juga telah mengekalkan dua tonggak import musim lalu yang berjaya menyakinkan kelab untuk menyambung kontrak iaitu Sonny Norde dari Haiti serta Adriano Narcizo yang berasal dari Brazil untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2022.

Turut berlangsung semalam satu perlawanan persahabatan yang melibatkan Melaka United dan Selangor bagi merebut Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2022 yang menyaksikan kedua pasukan terikat seri 3-3 dan penentuan penalti yang memihak buat pasukan tuan rumah.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN