Saya Tidak Menjalani Ujian Perubatan Di Mana-Mana Pasukan – Ross Barkley

Ross Barkley yang dikatakan sudah menjalani ujian perubatan di Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan kemudiannya menukar fikiran untuk membatalkan perpindahannya ke Stamford Bridge, tampil untuk membuat penjelasan kepada umum berkenaan perkara tersebut.

Terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Chelsea dan Everton sudah mencapai kata sepakat dengan nilai £ 35 juta buat pemain tengah England itu dan telah menjalani ujian perubatan dengan The Blues tetapi beliau menafikan perkara tersebut.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Barkley menegaskan beliau tidak membuat sebarang ujian perubatan di mana-mana pasukan sekalipun.

”Saya memutuskan keputusan ini disebabkan kecederaan yang saya alami, adalah lebih baik untuk membuat keputusan mengenai masa depan saya dan menilai semua pilihan saya pada bulan Januari apabila kecederaan saya pulih sepenuhnya,” jelas beliau lagi.

Ross Barkley

Ross Barkley

 

Penjelasan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran apa yang berlaku dan ianya bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh sesetengah pihak.

Chelsea melakukan beberapa urusniaga yang baik di jendela perpindahan musim panas ini tetapi kecewa kerana usaha untuk mendapatkan Barkley, Alex Oxlade-Chamberlain dan Fernando Llorente menemui jalan buntu.

Sumber :

Express (2017) – http://www.express.co.uk/sport/football/849203/Chelsea-news-Ross-Barkley-Stamford-Bridge

Kredit foto : ESPN FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN