‘Saya Tak Tahu Siapa Perdana Menteri Kerana Sibuk Dengan Golf’

Gareth Bale sebelum ini pernah dikenakan tindakan oleh Zinedine Zidane, gara-gara bermain golf pada waktu beliau diberikan cuti sakit.

Bale ketika itu kecewa dengan kegagalan berpindah ke China dan menunjukkan protes beliau ke atas Zidane.

Zidane menganggap tindakan Bale sebagai menyalahgunakan cuti sakitnya.

Terbaru, Gareth Bale sekali lagi menyatakan kecintaaannya kepada sukan golf yang semakin mendalam. Gareth Bale menjawab soalan oleh Telegraph, apa beliau akan buat selepas bersara.

Bale berkata: “Saya akan mengambil kursus golf. Namun saya tak begitu memikirkan soal persaraan buat masa ini. Walaubagaimanapun, umur saya dah 30 tahun, maka saya pun mulai mengalihkan perhatian kepada isu itu.”

Seterusnya Bale menyatakan beliau tidak begitu mengikuti perkembangan semasa kerana sibuk dengan urusan lain seperti golf. Bale lebih mengikuti isu Brexit kerana ia memberikan impak secara ekonomi kepada beliau.

“Saya melihat Brexit dari sudut kewa ngan, ianya memberikan impak kepada saya dalam beberapa perkara kerana pelaburan dan wang yang saya simpan.”

“Namun saya akui saya tak faham 99% daripada apa benda itu Brexit. Bahkan saya tak kenal pun siapa perdana menteri ketika ini kerana saya tak berminat nak tahu.”

“Ketika ini saya mengikuti perkembangan golf, dan semua yang berkaitan. Saya boleh beritahu kamu siapa pemain golf no.1 dunia ketika ini.”

“Saya gembira duduk di Sepanyol, di Madrid. Saya suka dengan kebudayaan, makanan dan cuaca. Keluarga saya sudah serasi di sini.”

Ditanya sama ada beliau mahu melibatkan diri dalam empayar perniagaan seperti David Beckham. Bale menjawab: “Tidak, terima kasihlah. Saya lebih rela untuk kekal fokus kepada kursus gol.”

“Saya tak suka mempromosi diri sendiri. Apabila semua ini berakhir, saya mahu berehat dengan tenang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN